Connect with us

Oh! Media

Oh! Negara

Video Hina Islam, Polis Buka Siasatan Dan Janji Tindakan Tegas

Isu sensitiviti agama kembali menjadi perhatian selepas satu video yang didakwa menghina Islam tular di media sosial.

Video berdurasi hampir empat minit itu mendapat kecaman hebat sebelum dipadamkan, namun sudah sempat ditonton ramai.

IKLAN

Susulan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu terbabit.

Polis ambil langkah tegas…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan bahawa siasatan dimulakan selepas menerima laporan daripada seorang individu di Balai Polis Manchis, Pahang.

Video yang dimuat naik pada 5 Mac lalu itu didakwa mengandungi kata-kata kesat yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama.

Polis memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Siasatan rapi sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu terbabit, dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.- Katanya.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

Peringatan buat kita semua…

Dalam perkembangan berkaitan, PDRM menegaskan bahawa pihak mereka akan menggunakan segala peruntukan undang-undang tanpa mengira siapa yang terlibat dalam memainkan isu 3R (race, religion, royalty).

Pihak kami tidak akan berkompromi dalam isu sebegini. Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan perpecahan serta mengancam keselamatan negara.- Tambah Razarudin.

#ApaKataOhmedia

Di era digital, kebebasan bersuara bukan alasan untuk menyinggung kepercayaan orang lain. Sebelum memuat naik sesuatu, fikirkan kesannya terhadap masyarakat.

Hormati perbezaan, elakkan provokasi, dan gunakan media sosial secara bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonia negara.

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas