Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Dakwaan Main Mercun Sebelum Kejadian Putra Heights

Putra Heights

Oh! Negara

Polis Siasat Dakwaan Main Mercun Sebelum Kejadian Putra Heights

Insiden letupan paip gas di Putra Heights yang berlaku pada hari raya kedua kini memasuki fasa siasatan lebih mendalam apabila polis mendedahkan menerima sebanyak 642 laporan berhubung kejadian tersebut.

Antara laporan yang diterima termasuk dakwaan terdapat individu yang bermain mercun pada malam 31 Mac.

IKLAN

Ada orang main mercun berdekatan kawasan letupan…

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam sidang media berkata, siasatan kini dijalankan di bawah Kertas Inkuiri Polis dan pihaknya sedang meneliti setiap laporan yang diterima.

Kesemua laporan ini sedang disiasat secara lanjut dan terperinci, termasuk satu laporan yang menyatakan ada individu bermain mercun malam sebelum kejadian.- Jelasnya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 118 keterangan saksi telah dirakam setakat ini, termasuk daripada 15 individu yang terdiri daripada kontraktor serta pekerja berkaitan siasatan.

Siasatan teknikal belum bermula, kawasan masih tidak stabil…

Paip gas putra heights

Menurut Datuk Hussein, siasatan teknikal oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) belum dapat dijalankan kerana kawasan kejadian masih dalam keadaan bahaya dan tidak stabil.

Letupan telah menyebabkan struktur tanah rosak teruk dan kini bertakung air akibat hujan lebat.

Keadaan tanah sangat terjejas akibat letupan dan kini bertakung air kerana hujan lebat.- Katanya lagi.

Tambah beliau, proses pemulihan kini melalui beberapa fasa. Fasa pertama telah selesai pada 6 April 2025 yang melibatkan pengaliran sementara saliran monsun serta kerja heat mapping dengan bacaan suhu mencecah 650 darjah Celsius dalam radius 300 meter.

#ApaKataOhmedia

Insiden tragis ini mengingatkan kita betapa pentingnya aspek keselamatan dalam industri pembinaan dan pengurusan kemudahan awam.

Apa juga faktor penyebab letupan, siasatan perlu dilakukan dengan teliti dan adil bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Putra Heights

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas