Connect with us

Oh! Media

PMX Tegaskan Kenaikan Tarif Elektrik Hanya Untuk Industri Dan Golongan Maha Kaya

Pmx ohmedia

Oh! Negara

PMX Tegaskan Kenaikan Tarif Elektrik Hanya Untuk Industri Dan Golongan Maha Kaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan tidak membabitkan sebahagian besar rakyat, sebaliknya hanya tertumpu kepada sektor industri dan golongan berpendapatan tinggi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini berhubung kenaikan tarif elektrik telah disalah tafsir oleh pihak tertentu, terutama pembangkang.

Pembangkang diminta dengar penjelasan dengan betul…

Anwar Ibrahim

Dalam ucapannya, Anwar menyatakan bahawa beliau hanya menjawab terhadap pertanyaan daripada Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) mengenai isu kenaikan tarif elektrik.

IKLAN

Semalam (Isnin) dengar ucapan saya, masalahnya ini dengar dengan sentimen kebencian. Saya sebut may i respond to the called by ACCCIM.

Saya menjawab kepada pertanyaan ACCCIM (mengenai) kenaikan tarif bagi industri, bukan kepada negara dan rakyat.

Dengar betul-betul, bukan dengar dengan sentimen marah, ini penyakit marah dan bukan fakta ekonomi.- Tegas PMX.

Kenyataan ini dibuat sebagai reaksi kepada pertanyaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang mempertikaikan langkah kerajaan dalam menaikkan tarif elektrik.

PMX jelaskan kenaikan tarif perlu untuk keseimbangan ekonomi…

Anwar Ibrahim

Anwar turut menjelaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang dikenakan ke atas industri dan golongan berpendapatan tinggi adalah langkah strategik untuk menampung keperluan negara dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Kenaikan tarif (elektrik) kepada industri (dan) golongan mahakaya, kalau tidak cukai kepada orang kaya, kita nak tambah peruntukan untuk sekolah (serta) hospital ini dari mana wangnya? Jadi kita kena terima kenyataan.

PMX juga memberi jaminan bahawa 85 peratus rakyat tidak akan terjejas dengan kenaikan ini.

Pmx ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Utusan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas