Connect with us

Oh! Media

“PMX Boleh Arah Henti Guna Istilah ‘Kuil Haram’ Tanpa Tunggu Kabinet” – Saravanan

Oh! Negara

“PMX Boleh Arah Henti Guna Istilah ‘Kuil Haram’ Tanpa Tunggu Kabinet” – Saravanan

Isu penggunaan istilah ‘kuil haram’ terus mencetuskan perdebatan hangat apabila Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan tampil menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kuasa penuh untuk menghentikan penggunaan frasa tersebut oleh agensi kerajaan.

Menurut laporan Malaysiakini, Saravanan berkata PMX boleh mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk memaklumkan kepada semua agensi agar tidak lagi menggunakan istilah yang dianggap tidak sensitif itu.

IKLAN

Secara peribadi saya sudah sampaikan kepada PM Anwar termasuk hantar surat kepada perdana menteri. Tak perlu bincang di peringkat kabinet, perdana menteri boleh buat keputusan.- Jelas beliau.

Istilah ‘Kuil Haram’ dilihat menghina dan tak hormat sejarah dan budaya…

Sebelum ini, kenyataan dari jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil memaklumkan isu berkenaan tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat terutamanya komuniti India yang jelas terguris dengan penggunaan istilah tersebut.

Melabel rumah ibadat seperti kuil sebagai ‘haram’ satu tindakan yang tidak sensitif dan mengabaikan kepentingan sejarah serta nilai kebudayaan tempat-tempat ibadat berkenaan.- Kata Saravanan.

Isu ini tercetus selepas satu surat rasmi dari Hospital Taiping menyebut frasa “kuil haram”, mencetuskan reaksi negatif serta rasa kurang senang daripada masyarakat Hindu di Malaysia.

Kuil dikatakan lebih lama dari undang-undang?

Saravanan turut memaklumkan bahawa banyak kuil yang dipertikaikan statusnya hari ini telah wujud sejak puluhan tahun lalu, malah ada yang lebih lama dari Kanun Tanah Negara 1965.

Isu ini turut mendapat perhatian selepas cadangan pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang berusia 130 tahun di ibu negara bagi memberi laluan kepada pembinaan masjid baharu.

Pssttt! Tak tahu nak kata macam mana. Rasanya pemimpin kita ni lebih arif. Kita serahkan sahaja kepada Perdana Menteri buat keputusan. Yang penting keputusan haruslah berlandaskan undang-undang.

Kredit: Malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas