Connect with us

Oh! Media

Perkembangan Penahanan Anak Bekas Perdana Menteri

Ohmedia anak bekas pm

Oh! Negara

Perkembangan Penahanan Anak Bekas Perdana Menteri

Anak bekas perdana menteri ditahan di Lebuhraya Sprint selepas polis temui dadah dalam kereta.

Macam-macam cerita keluar bila anak bekas perdana menteri ditahan polis baru-baru ni. Ada juga yang kata suspek ini juga adik kepada penyanyi terkenal negara.

Semuanya bermula bila sebuah kereta mewah diberhentikan dalam operasi pencegahan jenayah di Lebuhraya Sprint, Damansara, pada 23 Ogos lepas. Apa yang mengejutkan, pihak polis menemui sejumlah dadah dalam kereta berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan perkara tu dan memaklumkan yang siasatan masih dijalankan sebelum kertas siasatan dilengkapkan.

IKLAN

Siasatan masih berterusan.- Katanya ringkas.

Ditahan dalam operasi bersepadu…

Menurut laporan, penahanan suspek dibuat ketika polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya jalankan operasi pencegahan jenayah bersepadu. Masa tu lah kereta mewah yang dipandu suspek diberhentikan untuk pemeriksaan.

Daripada situlah polis menemui dadah jenis heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan.

Difahamkan, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an ni bukan kali pertama terpalit dengan kes berkaitan dadah. Dia juga dilaporkan pernah mempunyai rekod lampau membabitkan kes sama.

Kini, semua barang rampasan sudah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Pssttt! Korang tengoklah, hidup mewah dan nama besar keluarga pun tak menjamin bila dah terjebak dengan benda macam ni. Dadah ni memang merosakkan masa depan, tak kira siapa kita. Ohmedia nak pesan, jangan sesekali cuba-cuba sebab sekali dah masuk, susah nak keluar. Hidup lebih tenang kalau kita pilih jalan yang bersih.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas