Connect with us

Oh! Media

Penerbangan Terus Pertama AirAsia Dari Shenzhen Ke Pulau Pinang Raih Perhatian Ramai

Ohmedia photo 6127568230353585701 y

Oh! Negara

Penerbangan Terus Pertama AirAsia Dari Shenzhen Ke Pulau Pinang Raih Perhatian Ramai

Buat pertama kalinya negeri Pulau Pinang menerima penerbangan terus AirAsia dari Shenzhen, seterusnya menandakan satu kejayaan bagi pembanguna pelancongan Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai, penduduk yang padat dan kuasa beli yang kukuh di Shenzhen memberikan peluang berharga untuk sektor pelancongan dan peruncitan di Pulau Pinang.

Kerjasama Dua Wilayah

Photo 6127568230353585700 y
Gambar Hiasan

Sumber pelancongan yang kaya dan persekitaran pelaburan yang menggalakkan di Pulau Pinang akan melengkapkan lagi kekuatan ekonomi Shenzhen yang teguh, menjadikan penerbangan terus baharu ini sebagai pemangkin peningkatan kerjasama di antara kedua-dua wilayah.

Untuk Pengetahuan korang, laluan terus baharu ini akan beroperasi empat kali seminggu, dengan penerbangan dari Shenzhen pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, dan Sabtu.

IKLAN

Manakala penerbangan dari Pulau Pinang ke Shenzhen dijadualkan pada hari Selasa, Khamis, Sabtu, dan Ahad.

Ohmedia photo 6127568230353585701 y

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas