Connect with us

Oh! Media

Pegawai Polis Didakwa Terima Rasuah, Kantoi Terima Deposit Motosikal

Ohmedia ketua polis balai kena tangkap

Oh! Negara

Pegawai Polis Didakwa Terima Rasuah, Kantoi Terima Deposit Motosikal

Seorang pegawai kanan polis yang pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang tampil di Mahkamah Sesyen hari ini dan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM13,500.

Tertuduh, Asisten Suprintenden Mohd Firdaus Mohamad, 40, kini bertugas di Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Dia juga didakwa menerima bayaran pengubahsuaian rumah bernilai RM9,000 daripada seorang kontraktor tanpa sebarang balasan.

IKLAN

Kesalahan itu didakwa berlaku antara Januari hingga Jun 2018 di Kampung Pak Elong Telong, Bachok, ketika beliau memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Machang.

Pegawai polis terima bayaran deposit motosikal…

Img 5657

Selain itu, Mohd Firdaus turut didakwa menerima wang sebanyak RM4,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi pembelian motosikal jenis Kawasaki Versys.

Bayaran tersebut juga dikatakan diterima daripada individu sama di IPD Machang sekitar Januari 2018.

Kedua-dua pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Dibenar ikat jamin RM8,000 dengan syarat…

Img 5658

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kelantan, Tengku Nurul Haziqah Tuan Yacob, manakala tertuduh diwakili peguam Azura Ghazali.

Hakim Dazuki Ali membenarkan Mohd Firdaus diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan termasuk perlu melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Pssttt! Rasuah bukan sahaja menjejaskan integriti individu, malah mencemarkan nama baik institusi. Sebagai penjawat awam, amanah adalah segalanya. Jauhi godaan rasuah dan pastikan setiap tindakan sentiasa berpaksikan undang-undang serta etika kerja yang tinggi.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas