Connect with us

Oh! Media

Netizen ‘Back-Up’ Syed Saddiq Selepas Dikecam Tak Beri Tempat Duduk Dekat Orang Perempuan Dalam Tren

Ohmedia syed saddiq

Oh! Negara

Netizen ‘Back-Up’ Syed Saddiq Selepas Dikecam Tak Beri Tempat Duduk Dekat Orang Perempuan Dalam Tren

Sejak kebelakangan ini, kita sering nampak foto Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq di dalam tren LRT tular di platform media sosial dan semua itu dikongsikan oleh orang ramai.

Terbaharu, foto beliau sedang duduk di dalam LRT telah mengundang rasa tidak selesa di kalangan netizen.

Pengguna yang menularkan foto berkenaan mempertikaikan tindakan Syed Saddiq tidak memberi tempat duduknya kepada seorang wanita yang sedang diri berdekatan dengannya waktu itu dan berkata ia sememangnya tidak patut berlaku.

IKLAN
Screen shot 2022 06 03 at 71020 pm

Barangkali merasakan orang ramai akan bersetuju dengan tindakannya membuat ciapan seperti itu, tetapi netizen rata-ratanya mengecamnya kerana menganggap hal yang dilakukan oleh Ahli Parlimen terbabit sama sekali tidak salah.

Bukan sekadar itu saja, wanita yang ada di dalam tren ketika itu juga turut meninggalkan komen balasannya mengenai hal itu dan berkata tidak kisah jika dia ataupun kaum wanita tidak ditawarkan untuk duduk di dalam LRT.

Screen shot 2022 06 03 at 71227 pm

Dalam pada itu, orang lelaki turut berpandangan tindakan tidak memberi duduk kepada kaum wanita itu tidak salah kerana kebarangkalian lebih memerlukan sebab stesen yang hendak dituju lebih jauh.

komen twitter

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas