Connect with us

Oh! Media

Nak Rasa Keadaan Sebenar, Menteri Pengangkutan ‘Bersesak’ Naik LRT Waktu Orang Balik Kerja

Oh! Negara

Nak Rasa Keadaan Sebenar, Menteri Pengangkutan ‘Bersesak’ Naik LRT Waktu Orang Balik Kerja

Untuk merasai situasi sebenar perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah turun padang selama dua jam menaiki LRT laluan Kelana Jaya.

ADVERTISEMENT

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Anthony berkata dia sengaja tak maklumkan mengenai tinjauan mengejut itu kepada pihak pengurusan Prasarana dan media sebab nak alami sendiri apa yang rakyat hadapi setiap hari.

Naik LRT waktu puncak

Beliau telah meluangkan masa selama dua jam di waktu puncak antara pukul 5 hingga 7 petang menaiki LRT laluan Kelana Jaya.

Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat beliau memakai baju kemeja beserta pelitup muka dan topi berwarna hitam untuk mengelakkan identitinya diketahui umum.

Selain menaiki LRT, beliau turut melihat kemudahan yang ada di dalam stesen seperti eskalator dan lif.

Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh penumpang LRT. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan halatuju dan cara untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam kita.

Kata beliau lagi, dalam minggu ini satu mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Prasana akan diadakan untuk membincangkan halatuju dan cara untuk menambah baik pengangkutan awam di negara ini.

Baru real kan turun padang waktu peak hour macam tu, boleh rasa padatnya macam mana.

Kredit: Instagram Anthony Loke Siew Fook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas