Connect with us

Oh! Media

Muhyiddin Yassin Selesai Bayar Saman RM1.4 Juta Kepada Guan Eng

Ohmedia muhyiddin yassin lim guan eng saman 1 juta

Oh! Negara

Muhyiddin Yassin Selesai Bayar Saman RM1.4 Juta Kepada Guan Eng

Tak dapat bayangkan kalau orang biasa macam kita ni kena saman sampai RM1.4 juta, fuhh… Apapun, itulah jumlah yang sudahpun diselesaikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Muhyiddin melakukan bayaran secara peringkat dengan RM400,000 dibayar hujung tahun lalu dan baki RM1 juta diselesaikan semalam, 23 Januari 2025.

Muhyiddin Yassin kalah saman RM1.4 juta…

Image

Kes ini berpunca daripada kenyataan Muhyiddin di Facebook berhubung pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary pada Mac 2023. Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan kenyataan itu bersifat fitnah terhadap Guan Eng.

IKLAN

Pada 8 November lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar RM1.35 juta sebagai ganti rugi, dan tambahan kos lain menjadikan jumlah keseluruhan RM1.402 juta

Lim Guan Eng cuba failkan notis bangkrap ke atas Muhyiddin…

Image

Guan Eng kemudian memfailkan notis kebankrapan terhadap Muhyiddin pada Disember kerana kegagalan beliau melunaskan pembayaran seperti yang diperintahkan.

Muhyiddin sempat memohon penangguhan atas alasan jumlah itu terlalu besar dan memerlukan masa untuk mengumpulkannya. Beliau turut menawarkan untuk mendepositkan separuh daripada jumlah ganti rugi dalam akaun simpanan tetap yang diuruskan oleh peguam Guan Eng sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Walaupun Muhyiddin telah melunaskan bayaran ganti rugi seperti diperintahkan, kes ini masih berjalan di Mahkamah Rayuan kerana rayuan beliau belum diputuskan.

Ohmedia muhyiddin yassin lim guan eng saman 1 juta

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Malaysia Gazette


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas