Oh! Negara
Mohamad Hasan Melihat Pengiktirafan UEC Perlu Selari Aspirasi Nasional
Pengiktirafan UEC hanya boleh dibuat jika selari aspirasi nasional dan guna bahasa kebangsaan, jelas Mohamad Hasan.
Isu pengiktirafan UEC kembali jadi perbualan apabila kerajaan ditegaskan tidak ada masalah untuk mengiktirafnya. Namun, ada syarat utama yang perlu dipenuhi. Ohmedia kongsikan penjelasan sebenar supaya korang tak keliru.
Kerajaan sebenarnya tidak menutup pintu untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu atau UEC. Namun, pelaksanaannya perlu selari dengan aspirasi nasional dan bahasa kebangsaan.
UEC tidak boleh diiktiraf selagi tidak mengikut kelayakan nasional

Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, selagi UEC tidak memenuhi ciri tersebut, ia tidak boleh disetarakan dengan kelayakan nasional.
Sebagai sebuah negara yang berdaulat, sistem pendidikan mestilah di bina selaras aspirasi nasional. Ia mesti di sandarkan pada misi, nilai, kepentingan dan cita-cita nasional. Dan ia mesti dilaksanakan dalam bahasa ibunda bagi memperkukuh identiti kebangsaan.- Katanya.
Menurut beliau, kerajaan tidak pernah menghalang UEC daripada dilaksanakan. Sistem ini telah lama wujud dan beroperasi tanpa masalah.
UEC telah dilaksanakan oleh Dong Zong sejak 1975 dan terus berjalan sehingga hari ini. Ini menunjukkan kewujudan UEC sendiri tidak pernah menjadi isu utama.
Pendidikan jadi kunci perpaduan nasional

Mohamad Hasan menjelaskan, dalam negara berbilang kaum, pendidikan memainkan peranan besar untuk membentuk identiti nasional. Bahasa kebangsaan dan kurikulum tempatan dilihat sebagai asas utama.
Beliau turut mengingatkan agar isu pendidikan tidak dijadikan bahan politik kerana ia medan penting untuk perpaduan generasi muda.
Jelas beliau lagi, rakyat Malaysia masih mempunyai pilihan untuk belajar dalam sistem UEC tanpa sebarang halangan. Namun, kerajaan tidak boleh dipaksa menyamaratakan kelayakan tersebut.
UEC diterima untuk kemasukan universiti di Malaysia dan luar negara. Tetapi selagi tiada reformasi selari aspirasi nasional, ia kekal tidak setara dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Pssttt! Ohmedia harap korang boleh lihat isu pengiktirafan UEC ini dengan lebih tenang dan rasional. Pendidikan sepatutnya jadi jambatan perpaduan, bukan punca perpecahan dalam masyarakat.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.