Connect with us

Oh! Media

Restoran Shawarma Terkenal Di Bukit Bintang Diserbu Imigresen, 110 Pekerja Warga Asing Ditahan

Ohmedia restoran Shawarma

Trending

Restoran Shawarma Terkenal Di Bukit Bintang Diserbu Imigresen, 110 Pekerja Warga Asing Ditahan

Susulan dibuat selepas terima aduan daripada orang ramai.

Premis lima tingkat sebuah restoran makanan Timur Tengah yang terkenal di Bukit Bintang diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.

Dalam operasi yang dijalankan, seramai 101 warga asing ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.

Serbuan selepas terima aduan orang awam

@enforcement.jimwpkl

RESTORAN MAKANAN ARAB TERKENAL DISERBU 🐫‼️ Bertindak atas aduan awam,Bahagian Penguatkuasa JIMWPKL membuat pemeriksaan mengejut di sebuah restoran terkenal yang terletak di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Hasil pemeriksaan di restoran 5 tingkat itu telah menahan seramai 110 orang warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen. Kebanyakkan warga asing yang ditahan berasal dari negara timur tengah. Bahagian Penguatkuasa JIMWPKL mohon maaf kepada pelanggan yang tak dapat sharwarma mereka hari ini. Datang lain waktu ya 🙏🏼 @Imigresen Kuala Lumpur @Pengarah Imigresen KL #JIMWPKL #Imigresen #fyp #Madani #KLStrikeForce

♬ original sound – Enforcement JIMWPKL – Enforcement JIMWPKL

Memetik laporan Harian Metro, serbuan ke atas premis itu dilakukan susulan aduan awam mengenai pekerja asing yang disyaki bekerja tanpa dokumen sah.

IKLAN

Pemeriksaan bermula sekitar jam 11.10 malam itu memberi fokus kepada pekerja yang berada di lokasi ketika pemeriksaan dijalankan.

Pemeriksaan ke atas 117 individu, pengurus turut ditahan

Shawarma

Menurut Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, pihaknya memeriksa 111 lelaki warga asing serta enam lelaki tempatan di dalam premis tersebut.

Susulan itu, seramai 101 lelaki warga asing membabitkan 86 warga Bangladesh, 12 warga Syria dan dua warga Indonesia ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.

Hasil semakan juga mendapati sebahagian warga asing tersebut mempunyai pas kerja, namun pas berkenaan bukan untuk bekerja di premis yang diserbu.

Turut diberkas ialah seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai pengurus besar restoran berkenaan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155).

Satu tindakan mengikut Seksyen 55(b) Akta Imigresen turut diambil ke atas majikan premis kerana kesalahan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).

BACA: Tular Video Pihak Imigresen Serbu Kedai Shawarma Popular Di Bukit Bintang

Pssttt! Bila operasi seperti ini dijalankan, ia menunjukkan betapa seriusnya masalah pekerja asing tanpa dokumen sah di negara kita. Majikan perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan pekerja mereka mematuhi peraturan, bukan sekadar mengejar keuntungan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas