Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Seru Sekolah Terapkan Kecerdasan Buatan (AI) Sejak Awal

Ohmedia anwar ibrahim sekolah ai

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Seru Sekolah Terapkan Kecerdasan Buatan (AI) Sejak Awal

Dalam usaha memperkasakan masa depan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua sekolah di Malaysia mula menerapkan pembelajaran kecerdasan buatan (AI) seawal mungkin.

Katanya, langkah ini perlu seiring dengan apa yang sedang dilakukan oleh institusi pengajian tinggi yang sudah menubuhkan fakulti dan unit AI merentas pelbagai disiplin.

Jangan tunggu dah habis sekolah baru nak belajar…

Image

Anwar menegaskan, pelaksanaan di peringkat sekolah perlu bermula segera dan tidak boleh lagi bertangguh sehingga bertahun-tahun.

IKLAN

Beliau juga menekankan perlunya memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, seiring dengan pembelajaran teknologi canggih ini.

Pendidikan bukan hanya tentang digital…

Image

Dalam masa sama, Anwar mengingatkan bahawa pendidikan bukan sekadar membina kemahiran digital dan AI.

Lebih penting, katanya, ia harus turut mendidik pelajar untuk menjauhi amalan negatif seperti buli dan perkauman yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Menurut Anwar, negara kini berdepan keperluan mendesak untuk tenaga kerja berkemahiran tinggi, terutama dalam bidang AI, digital dan semikonduktor.

Generasi pelajar hari ini mesti dipersiapkan dengan sebaiknya untuk mengisi kekosongan itu demi memastikan masa depan Malaysia terus gemilang.

Pssttt! Ohmedia setuju bahawa dunia hari ini bergerak terlalu pantas untuk kita berdiam diri. Menerapkan AI dari peringkat sekolah memang langkah bijak agar anak-anak kita tidak ketinggalan. Tapi dalam kejar kemajuan, nilai moral dan adab tetap perlu diutamakan. Sebab ilmu tanpa akhlak, umpama kapal tanpa nakhoda.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas