Meta Dipanggil PM: Perjelas Isu Hantaran Palestin Dihapus
Oleh

Sebelum ini, ramai selebriti turut yang lantang bersuara demi solidariti Palestin dan menyatakan mereka tidak takut kerana itu adalah sebahagian tugas sebagai seorang muslim. Walaupun ianya memberikan impak, pastinya ia tidaklah sebesar impak yang diberikan oleh seorang Perdana Menteri.
Semakan di akaun Facebook Anwar sebelum ini mendapati, tiga hantarannya bagi mengutuk pembunuhan Haniyeh dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan. Gambar yang diturunkan itu memaparkan Anwar bersama pemimpin Hamas, turut disertakan dengan kapsyen ‘Dangerous individuals and organisations.’
Instagram pula memaklumkan hantaran gambar itu diturunkan kerana mengandungi ‘simbol, pujian atau sokongan ke atas orang dan pertubuhan yang kami takrifkan sebagai bahaya’.
Impak kepada Kebebasan Bersuara dan Kewajaran
1. Penghapusan kandungan ini menimbulkan persoalan tentang kebebasan bersuara di platform digital.
2. Ramai merasakan tindakan Meta tidak adil dan memihak kepada satu pihak dalam konflik ini.
3. Penghapusan kandungan yang menyokong Palestin dilihat sebagai menekan suara yang memperjuangkan keadilan dan hak asasi manusia.
Harapan dan Langkah Seterusnya
Pertemuan ini diharap dapat menjelaskan keadaan sebenar dan memastikan platform media sosial digunakan secara adil dan bebas dari bias. Ohmedia akan terus memantau perkembangan isu ini dan membawa berita terkini kepada pembaca semua.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Astro Awani
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Halaman: 1 2
