Connect with us

Oh! Media

Menteri Pesan Mufti Perlu Hati-Hati Beri Pandangan Isu Orang Islam Haram Kerja Bank Konvensional

Mufti menteri agama bank ohmedia

Oh! Negara

Menteri Pesan Mufti Perlu Hati-Hati Beri Pandangan Isu Orang Islam Haram Kerja Bank Konvensional

Laman web Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini ada mengeluarkan artikel mengenai hukum orang Islam bekerja di bank konvensional.

BACA: Ini Hukum Bekerja Di Bank Konvensional Yang Ada Riba, Perlu Berusaha Cari Kerja Lain

Dalam penerangan itu, ada saranan untuk orang Islam yang bekerja agar berusaha mencari pekerjaan lain supaya tidak timbul isu transaksi riba.

IKLAN

Menteri sarankan Mufti untuk hati-hati. Bagi solusi untuk setiap permasalahan…

Disebabkan isu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tampil meminta agar institusi mufti berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan serta hukum.

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar

Bila keluarkan satu-satu pandangan, biar habis, jangan tergantung begitu sahaja. Jadi, saya harapkan mana-mana mufti dengan kuasa dan tanggungjawab diberikan, bila mana satu pandangan dikeluarkan, janganlah sampai menimbulkan kegusaran awam dan perlu bagi solusi mengenai kedudukan isu itu.

Bila kita cakap orang Islam tidak boleh bekerja di bank konvensional, penyelesaiannya pula bagaimana. Biarlah pandangan dikeluarkan itu mengambil kira semua keadaan.

Pandangan mufti tak sampai tahap keluar fatwa…

Datuk Dr Mohd Na’im melihat institusi mufti itu tidak memberikan jalan keluar yang menyeluruh sehingga membuatkan mereka yang bekerja di sektor berkaitan tertanya-tanya apakah patut mereka lakukan.

Pandangan itu mungkin tidaklah sampai ke tahap fatwa, ia lebih kepada pandangan atau nasihat. Tetapi, golongan mufti ini apabila mereka keluarkan sesuatu pandangan, orang akan inagt perkara itu satu fatwa. Ini yang selalu terjadi.

Apapun, diharapkan isu yang berbangkit ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita untuk menilai segala aspek mengikut Islam.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas