Connect with us

Oh! Media

Masjid An Najwan, Tanah Wakaf Hanya Atas Janji Mulut, Waris Tuntut RM213,000

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

Masjid An Najwan, Tanah Wakaf Hanya Atas Janji Mulut, Waris Tuntut RM213,000

Isu tanah wakaf Masjid An Najwan di Kampung Pegoh akhirnya menemui titik penyelesaian selepas sekian lama bergelut dengan tuntutan waris pewakaf.

Masjid yang berusia lebih 50 tahun ini akhirnya berjaya memiliki geran tanah sah selepas usaha gigih pelbagai pihak.

Pengerusi masjid, Hamzah Zakaria mengesahkan tanah wakaf itu kini telah diberi nombor lot sementara PT 2920 dan bebas daripada sebarang tuntutan waris.

IKLAN

Masjid dibina sejak 1967 atas tanah wakaf secara lisan…

Masjid yang dibina sejak 1967 itu asalnya terletak di atas tanah wakaf lisan, tanpa dokumen rasmi. Keadaan bertambah rumit apabila waris pewakaf menuntut tanah tersebut dan meminta bayaran sehingga RM213,000.

Tanah asal adalah milik adik-beradik. Sekitar 2000, ada ura-ura mengatakan waris ingin mengambil semula tanah wakaf itu dan menuntut bayaran sekitar RM60,000.- Jelas Hamzah.

Dana RM240,000 dikumpul ketika PKP…

Img 5323

Buntu dengan tuntutan berterusan, pihak masjid melancarkan tabung khas untuk membeli semula tanah tersebut dengan kebenaran daripada Majlis Agama Islam Melaka (Maim) pada 2020.

Hebatnya, walaupun ketika itu negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka berjaya mengumpul dana RM240,000 hasil infak orang ramai.

Pada 2022, Maim membayar RM177,324.98 kepada tuan tanah daripada dana yang dikumpul dan keluasan tanah yang dibeli adalah 0.1093 hektar dengan nombor lot sementara PT 2920.- Katanya.

Menariknya, pihak masjid tidak tahu siapa penyumbang utama tetapi dimaklumkan Maim bahawa ada individu yang menyumbang sebanyak RM80,000.

Sebahagian daripada baki dana masih disimpan di bank dan akan digunakan untuk ubah suai masjid. Antara keperluan utama kini adalah naik taraf bumbung bocor, pendawaian semula, tandas serta laluan OKU.

Masjid berusia 58 tahun ini terselamat dari tuntutan namun kini masjid ini memerlukan dana kira-kira RM500,000 untuk kerja-kerja pembaikan.- Tambah Hamzah.

Pssttt! Kes ini jelas menunjukkan betapa pentingnya dokumentasi dalam urusan wakaf. Niat baik perlu disusuli dengan tindakan yang sah di sisi undang-undang agar tidak menjadi beban kepada generasi akan datang. Syabas buat semua yang menyumbang demi masjid ini terus berdiri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas