Connect with us

Oh! Media

MARA Nafi Dakwaan Wujud Kuota Khas Pinjaman Untuk Anak Kakitangan

Ohmedia majlis amanah rakyat mara kroni

Oh! Negara

MARA Nafi Dakwaan Wujud Kuota Khas Pinjaman Untuk Anak Kakitangan

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial tentang dakwaan wujudnya kuota khas pinjaman pendidikan untuk anak-anak kakitangan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Namun, pihak MARA tampil menafikan perkara tersebut dan menegaskan proses permohonan masih kekal telus seperti sedia ada.

Menurut kenyataan rasmi daripada MARA, kelayakan permohonan pinjaman hanya diberikan kepada pelajar yang menepati syarat akademik yang ditetapkan. Selain itu, semua permohonan mestilah dibuat melalui sistem rasmi MARA sahaja.

Kenyataan ini sekaligus menolak dakwaan wujudnya ‘jalan belakang’ atau permohonan secara manual untuk anak kakitangan seperti yang dikatakan oleh seorang pempengaruh.

IKLAN

Pempengaruh dakwa dapat pinjaman sebab anak staf…

Mara

Dakwaan ini mula timbul apabila seorang pempengaruh yang juga bekas isteri kepada seorang pelakon mendakwa dirinya memperoleh pinjaman daripada MARA melalui ‘keistimewaan’ sebagai anak kepada staf agensi berkenaan.

Dia turut mendakwa permohonan boleh dilakukan secara manual tanpa perlu melalui sistem dalam talian seperti pemohon lain. Pendedahan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk mempertikaikan ketelusan sistem sedia ada.

MARA minta orang ramai tidak terpedaya…

Mara

Orang awam dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai atau terpedaya dengan mana-mana pihak lain yang mengeluarkan maklumat tidak tepat mengenai MARA.

Tegas MARA, tiada individu diberikan keistimewaan melebihi pemohon lain, dan sistem sedia ada kekal adil kepada semua rakyat Malaysia yang layak memohon.

Pssttt! Jangan mudah percaya bila ada yang mendakwa mendapat ‘jalan mudah’ dalam permohonan pinjaman pendidikan. MARA sudah tampil menafikan wujudnya kuota khas, jadi pastikan kita rujuk saluran rasmi sebelum membuat kesimpulan. Ilmu dan bantuan pendidikan seharusnya dikongsi secara adil, bukan diwarisi.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas