Oh! Negara
Mahkamah Tinggi Putuskan Najib Razak Bersalah Kes 1MDB RM2.3 Bilion
Najib Razak bersalah kes 1MDB RM2.3 bilion selepas mahkamah dapati pendakwaan buktikan kes tanpa keraguan munasabah.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya didapati bersalah atas pertuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti keseluruhan keterangan dan mendapati pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah. Kes ini menjadi tumpuan ramai kerana melibatkan dana awam dan nama besar dalam politik negara.
Mahkamah dapati pembelaan gagal timbulkan keraguan

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pembelaan tidak berjaya menangkis anggapan suapan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. Berdasarkan penilaian mahkamah, kes pendakwaan berjaya dibuktikan sepenuhnya.
Berdasarkan keseluruhan bukti, saya dapati tertuduh tidak menangkis anggapan suapan di bawah Seksyen 23(2) Akta SPRM pada imbangan kebarangkalian, dan juga tidak menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.- Katanya.
Mahkamah turut memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Keputusan ini membawa kepada sabitan terhadap Najib Razak bagi pertuduhan tersebut.
Najib Razak disabitkan bersalah bagi pertuduhan pertama

Susulan dapatan itu, mahkamah mensabitkan Najib Razak atas pertuduhan pertama melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad. Pada masa sama, hakim masih membaca penghakiman ketika laporan ini dibuat.
Maka saya mensabitkan tertuduh bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM.- Katanya.
Dalam perkembangan terkini, Najib Razak juga didapati bersalah terhadap pertuduhan kedua dan ketiga menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB. Jika disabitkan hukuman, beliau boleh berdepan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan.
Pssttt! Ohmedia harap korang ambil iktibar daripada kes ini. Bila amanah dan kuasa disalah guna, akhirnya kebenaran tetap akan terbongkar walau ambil masa yang lama.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM