Connect with us

Oh! Media

Komponen BN Sahkan Sendiri Surat Usul Tak Percaya Pada Zahid Hamidi, Minta Letak Jawatan

Untitled Design   1

Oh! Negara

Komponen BN Sahkan Sendiri Surat Usul Tak Percaya Pada Zahid Hamidi, Minta Letak Jawatan

Surat usul tidak percaya terhadap Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatannya telahpun disahkan sendiri Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

Menerusi laporan Astro Awani, surat itu ditandatangani Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup itu dihantar kepada Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Ee277a77 ad0f 47c4 9123 babc4ba28404

Isi surat berkenaan adalah untuk meminta Ahmad Zahid berundur secara terhormat dengan serta-merta dan digantikan dengan Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan oleh ketiga-tiga pemimpin parti komponen itu. Ianya disebabkan Pengerusi yang sekarang didakwa mengkhianat keputusan dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada jam 10 pagi Selasa.

IKLAN

Seperti semua tahu, dalam mesyuarat sebelum ini BN telah berpendirian untuk tidak menyokong mana-mana pihak bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan termasuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Perkara ini sudah diusulkan Presiden MIC dalam mesyuarat semalam, tetapi perjalanan mesyuarat terganggu apabila Pengerusi membenarkan Ahli Parlimen BN memasuki bilik mesyuarat walaupun mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum selesai.

Kami akan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi BN untuk mengambil tindakan tatatertib sekiranya Pengerusi enggan berundur secara terhormat pada hari ini.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas