Oh! Negara
Kertas SPM Didakwa Dijual, KPM Mula Siasat
KPM siasat dakwaan kertas SPM bocor selepas tangkap layar tular tawaran soalan berbayar.
Peperiksaan besar macam SPM memang selalu jadi tumpuan, tapi kali ini muncul pula dakwaan bahawa ada pihak menjual soalan peperiksaan.
Isu ini mula meletup di media sosial dan semestinya buat ramai calon serta ibu bapa tak senang duduk. Ohmedia pun boleh bayangkan betapa cuaknya pelajar bila dengar benda macam ni.
KPM ambil serius dakwaan yang viral…

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, walaupun belum ada laporan rasmi diterima, pihaknya sudah pun maklum tentang dakwaan yang tular beberapa hari lalu.
Katanya, kes ini berada di bawah tindakan Lembaga Peperiksaan dan semua prosedur dalaman tetap berjalan seperti sepatutnya. Korang boleh faham, bila melibatkan peperiksaan besar negara, setiap langkah memang dipantau ketat.
Sebelum ini beberapa tangkap layar yang menunjukkan individu tertentu menawarkan soalan SPM didakwa bocor dengan harga serendah RM499 bagi setiap subjek. Lebih mengejutkan, ada siap bagi jaminan akan pulangkan duit kalau calon tak dapat keputusan cemerlang. Memang buat ramai geleng kepala.
Prosedur keselamatan peperiksaan diperketatkan…

Dr Azam turut menegaskan bahawa kertas soalan SPM berada dalam kawalan yang sangat ketat. Semua prosedur keselamatan peperiksaan dipatuhi termasuk di kawasan yang terjejas banjir. Malah, beliau menyebut bahawa ada kertas soalan yang ditempatkan di lokap balai polis bagi memastikan keselamatan maksimum.
Dalam masa yang sama, peperiksaan SPM 2025 tetap berjalan seperti biasa. Seramai 413,372 calon menduduki peperiksaan tahun ini merangkumi sekolah kerajaan, MRSM, Maktab Tentera Diraja, sekolah agama, sekolah swasta berdaftar serta calon persendirian.
Peperiksaan SPM 2025 bermula hari ini…

SPM 2025 bermula pagi ini dengan subjek Bahasa Melayu Kertas 1 pada jam 8.15 pagi. Disusuli pula Pendidikan Seni Visual Teori Seni pada 11.45 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 pada 2.30 petang. Ohmedia doakan semua calon tenang jawab soalan walaupun isu tular ini sedikit sebanyak ganggu emosi mereka.
Pssttt! Bila keluar isu macam ni, korang jangan cepat percaya apa yang tular tanpa sahih. Fokus pada persediaan diri sendiri, sebab kejayaan sebenar datang daripada usaha korang, bukan soalan bocor. Kalau ada perkara meragukan, laporkan kepada pihak berwajib supaya peperiksaan negara kita kekal bersih dan adil. Semoga semua calon dipermudahkan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM