
Oh! Negara
Kapal Conscience Ke Gaza Dipintas Tentera Israel, Anwar Kecam Keras Tindakan Kejam Zionis
Kapal misi kemanusiaan bawa rakyat Malaysia ke Gaza dipintas tentera Israel, Anwar Ibrahim kecam tindakan kejam Zionis dan tuntut pembebasan segera.
Kira-kira jam 10.50 pagi hari ini, sembilan Kapal Conscience yang membawa aktivis misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) telah dipintas secara tidak sah oleh tentera Zionis Israel.
BACA: Ribuan Hadir Himpunan Kelantan Bangkit Bersama GSF
Menerusi perkongsian Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), lapan delegasi Malaysia berada di atas kapal Conscience dan seorang lagi berada di atas kapal Umm Saad.
PM Anwar Ibrahim kecam tindakan provokatif Israel
Memberi respon kepada kejadian ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif tentera zionis Israel itu.

Jelasnya, tindakan menahan kapal kemanusiaan jelas sekali telah melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia.
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini. Tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.
Beliau turut menuntut supaya semua aktivis dan sukarelawan Malaysia yang kini ditahan dibebaskan segera dan diberi perlindungan sewajarnya sepanjang tempoh tahanan.
Katanya lagi, kerajaan MADANI akan berhubung dengan negara-negara sahabat dan pertubuhan antarabangsa bagi memastikan pembebasan mereka dapat dilakukan secepat mungkin.
Pssttt! Sampai bila dunia nak berdiam diri? Kapal yang bawa bantuan pun jadi mangsa keganasan Zionis. Ini bukan sekadar serangan pada manusia, tapi pada nilai kemanusiaan itu sendiri. Oh! Media harap semua sukarelawan Malaysia selamat dan segera dibebaskan.
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
