Connect with us

Oh! Media

“Kami Tak Lemah, Tapi Terbuka” – BERSATU Sedia Bekerjasama Semula Dengan UMNO?

bersatu

Oh! Negara

“Kami Tak Lemah, Tapi Terbuka” – BERSATU Sedia Bekerjasama Semula Dengan UMNO?

Politik Malaysia memang tak pernah sunyi dari kejutan. Terbaru, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi isyarat terbuka bahawa partinya tidak menolak kemungkinan bekerjasama semula dengan UMNO.

Menurut Hamzah, BERSATU dan UMNO berkongsi matlamat politik yang sama, iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

IKLAN

Jika dilihat dari sudut agenda, UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Hari ini kami juga menggunakan ideologi yang sama.- Katanya.

Bukan sebab BERSATU lemah, tapi demi tujuan lebih besar…

Hamzah turut menyatakan keterbukaan BERSATU bukan kerana mereka tidak kuat, tetapi kerana mereka terbuka untuk bekerjasama demi tujuan yang lebih besar.

Adakah mungkin satu hari nanti ada kerjasama? Ini bukan bermakna kami tidak kuat tetapi kita terbuka untuk bekerjasama. Ia untuk tujuan yang lebih besar, demi tuhuan asal kami.

Dalam podcast sama, Hamzah turut mendedahkan bahawa ramai bekas pemimpin dan ahli daripada parti lain, termasuk BN, kini menyertai BERSATU.

Beliau juga mendedahkan bahawa bekas pemimpin Persatuan Cina Malaysia (MIC) dan Kongres India Malaysia (MCA) sudah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli BERSATU. Bukan itu sahaja, Hamzah mendakwa terdapat ramai bekas ahli daripada parti Barisan Nasional (BN) telah mengemukakan rayuan untuk menyertai parti terbabit.

Di sini, kita dapat lihat terdapat kecenderungan untuk mereka dalam kalangan bukan Bumiputera bersama (BERSATU).- Ujarnya.

Gabungan PN kini lebih inklusif…

Bukan sekadar menerima ahli baharu, Hamzah turut menekankan bahawa gabungan Perikatan Nasional (PN) kini benar-benar mengangkat suara rakyat secara menyeluruh.

Pemimpin mereka sudah pun duduk di peringkat yang sama dengan Naib Presiden parti. Ini bermakna, dalam mesyuarat kita membincangkan segala-galanya. Kita sangat inklusif, memberi ruang kepada bukan Melayu untuk merasakan bahawa ini bukan gabungan semata-mata tetapi mereka adalah sebahagian daripada parti.- Tambahnya lagi.

Untuk rekod, Hamzah memenangi kerusi Parlimen Larut atas tiket Barisan Nasional dalam PRU14 selepas menewaskan calon PAS ketika itu. Beliau kemudian keluar UMNO dan menyertai BERSATU pada tahun 2019.

Pssttt! Gabungan politik dalam negara kita memang sentiasa berubah. Tapi bila dua parti besar yang pernah berpisah kini menunjukkan minat untuk kembali bekerjasama, kita boleh bayangkan betapa pentingnya perpaduan dalam menghadapi cabaran semasa. Kalau niatnya demi kestabilan negara dan bukan kepentingan peribadi, rakyat pasti terbuka hati. Tapi pastikan juga suara rakyat tetap jadi keutamaan.

Kredit: YouTube
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas