Connect with us

Oh! Media

“Janganlah Umum Dulu, Fikir Kemudian”-Kenyataan Syed Saddiq Fasal Belanjawan 2025 ‘Disekolahkan’ Rafizi

Ohmedia copy of Untitled Design

Oh! Negara

“Janganlah Umum Dulu, Fikir Kemudian”-Kenyataan Syed Saddiq Fasal Belanjawan 2025 ‘Disekolahkan’ Rafizi

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas telah membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion di Dewan Rakyat.

Dalam belanjawan kali, ini beliau memberikan penekanan lebih kepada usaha merancakkan ekonomi, penguasaan inovasi selain memastikan pengagihan kekayaan lebih adil dan saksama.

Tapi YB Syed Saddiq tak puas hati pula…

Terbaru, ahli parlimen Muar YB Syed Saddiq Abdul Rahman telah menyelar salah satu dakwaan kerajaan yang mengatakan golongan T15 atau ‘Maha Kaya’ telah menggunakan hampir RM8 bilion subsidi petrol daripada kerajaan tanpa perincikan siapakah yang berada dalam kategori pendapatan T15 ini.

IKLAN
Syed Saddiq

Beliau juga menggesa kerajaan menghentikan amalan ‘umum dulu, fikir kemudian’ yang disifatkan mampu mencetuskan ketakutan dan kegelisahan dalam kalangan rakyat.

Rafizi jawab!

Bagaimanapun, YB Rafizi Ramli merangkap Menteri Ekonomi telah memuat naik satu video di laman sosial peribadinya menjawab dakwaan Syed Saddiq tersebut.

Rafizi berkata dakwaan Syed Saddiq tidak berasas untuk mempertikai keputusan kerajaan mengumumkan perkara tersebut di dalam Belanjawan 2025.

Rafizi Ramli

Belanjawan ialah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun itu. Hatta angka-angka yang diumumkan itu adalah satu anggaran dan unjuran. Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan, lantik kontraktor baru dimasukkan dan diumumkan di dalam Belanjawan.

Sepatutnya beliau sedia maklum proses ini sebab beliau pernah menjadi menteri termuda.- Katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu juga menambah jika kerajaan perlu memperinci dan memuktamadkan sesuatu belanjaan sebelum pembentangan, maka kerajaan mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun untuk menyiapkan satu belanjawan.

Ohmedia copy of Untitled Design

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas