Connect with us

Oh! Media

11 Tahun Pembinaan Masjid Tertangguh! Jakel Berhasrat Ambil Tindakan Undang-Undang

jakel

Oh! Negara

11 Tahun Pembinaan Masjid Tertangguh! Jakel Berhasrat Ambil Tindakan Undang-Undang

Bayangkan menunggu lebih satu dekad untuk sesuatu yang sepatutnya menjadi kenyataan sejak dulu. Begitulah yang dialami oleh Kumpulan Jakel dalam usaha mereka membina Masjid MADANI di Jalan Munshi Abdullah.

Selama 11 tahun, projek ini tertangguh akibat kewujudan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di tapak berkenaan, sehingga mencetuskan dilema besar bagi pihak Jakel. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, mereka pada awalnya berhasrat mengambil tindakan undang-undang, namun ia tidak diteruskan.

IKLAN

Kami menunggu selama 11 tahun dan kami ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap jiran kami ini (Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman), tetapi dihalang oleh Dr Zaliha mengatakan ini akan menjadi satu isu besar membabitkan kaum.- Katanya.

Sebagai jalan tengah, Dr Zaliha mencadangkan agar Mohamed Faroz berjumpa terus dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menyelesaikan perkara ini secara rundingan.

Proses panjang sebelum pembinaan bermula…

Masjid MADANI akan dibina di atas tanah seluas 12,142 kaki persegi yang diperoleh Jakel sejak 2012 melalui perjanjian jual beli dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hasilnya surat tawaran rasmi dikeluarkan pada 6 Ogos 2012 diikuti dengan bayaran deposit sebanyak 10 peratus pada 8 Ogos 2012. Seterusnya pada 2014, perjanjian jual beli dengan DBKL ditandatangani dan bayaran baki diselesaikan.- Jelasnya.

Permohonan pembinaan masjid ini dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2019 dan diluluskan dalam tempoh kurang sebulan.

BACA: Isu Kuil Di Jalan Masjid India Sudah Selesai

Pada Julai 2019, Jakel menghantar surat permohonan kepada JAWI untuk membina masjid. Selepas 24 hari, pada 26 Julai 2019, pihak syarikat menerima sokongan pembinaan daripada JAWI. JAWI meluluskan (permohonan bina masjid).- Tambahnya.

Setelah melalui beberapa proses kelulusan daripada DBKL, akhirnya projek ini dapat direalisasikan.

Mohamed Faroz hargai sokongan perdana menteri…

Mohamed Faroz turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana membantu menyelesaikan isu yang berlarutan selama lebih sedekad ini.

11 tahun kami bersabar berunding. Alhamdulillah ‘finally you made it Yang Amat Berhormat’, you are the man. Dan untuk itu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan kerana sokongan kepada kami, tetapi sokongan kepada umat Islam di kawasan ini.

Dengan terbinanya masjid ini, Datuk Seri akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Datuk Seri, ‘we will not have this event’.- Katanya.

Kontroversi membabitkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akhirnya menemui jalan penyelesaian selepas jawatankuasa kuil bersetuju untuk berpindah ke lokasi baharu kira-kira 50 meter dari tapak asal.

#ApaKataOhmedia

Kes ini membuktikan bahawa sabar dan rundingan boleh menjadi jalan terbaik dalam menyelesaikan isu sensitif. Dengan penyelesaian yang dicapai, semoga Masjid MADANI dapat menjadi pusat ibadah dan penyatuan umat Islam di kawasan ini.

jakel

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas