Oh! Negara
Isu Cikgu Din Tular, KPM Akhirnya Ambil Tindakan Segera Beri Bantuan Dan Cuti Khas
Ramai yang bersimpati dengan dugaan seorang pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Din, yang sebelum ini viral tentang isterinya yang kini sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser.
Difahamkan, Cikgu Din sudah berulang kali membuat rayuan untuk memohon pertukaran mengajar dari sekolahnya di Sarawak ke semenanjung tetapi masih tiada sebarang jawapan. Permohonan ini dilakukannya memandangkan isterinya sedang dirawat di semenanjung.
KPM akhirnya beri maklum balas selepas viral…

Terkini, pihak KPM akhirnya menyatakan keprihatinan ke atas nasib melanda Cikgu Din dan isteri dan akan memberikan cuti khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) prihatin mengenai situasi seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti yang sedang tular di media sosial.
Tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil. Guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya. Satu pertemuan dengan beliau akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikannya dan perkara-perkara lain yang berbangkit.
KPM mendoakan kesembuhan isteri guru berkenaan dan akan memastikan kebajikan beliau dan keluarga terpelihara.


#OhmediaNasihat
Kadang-kadang, ujian yang menimpa memang berat, terutamanya bila melibatkan orang tersayang. Apapun, terima kasih kepada pihak KPM kerana bertindak pantas dengan nasib menimpa Cikgu Din.
Buat kita semua, ingatlah untuk saling menyokong antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dalam situasi getir seperti ini. Jangan segan meminta bantuan jika memerlukan, kita semua berhak untuk hidup dengan tenang dan sejahtera.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook KPM