Connect with us

Oh! Media

Hasrat Tak Kesampaian, Rupanya Ini Akan Dilakukan Najib Razak Jika Dapat Pengampunan Penuh

najib razak

Oh! Negara

Hasrat Tak Kesampaian, Rupanya Ini Akan Dilakukan Najib Razak Jika Dapat Pengampunan Penuh

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana berkongsi respon yang diberikan bapanya selepas mendapat tahu beliau mendapat pengurangan hukuman daripada Lembaga Pengampunan.

ADVERTISEMENT

BACA: “False Hope” – Anak Najib Kecewa Bapa Tak Dapat Pengampunan Penuh, Bebas Serta Merta

Yana menceritakan itu selepas melawat bapanya yang kini berada di Penjara Kajang. Kata Yana, bapanya meluahkan rasa kecewa sambil menggenggam kertas keputusan yang dibuat Lembaga Pengampunan.

Apa yang lebih teruk, dalam keadaan terkejut itu, bapanya berseorangan kerana tiada siapa-siapa di sisi untuk meluahkan perasaan.

najib razak

Yana berkata lagi, dia melihat mata Najib agak letih mungkin kerana tak cukup tidur merenung keputusan yang dibuat ke atasnya.

anak najib razak

Kongsi Yana, selama lima hari bapanya menunggu keputusan dengan penuh harapan. Malah, pada pagi Isnin sebelum dibawa ke mahkamah, pengawal penjara mendoakan yang terbaik buat beliau kerana berfikir itulah kali terakhir mereka berjumpa.

Datuk Seri Najib juga ada memberitahu hasratnya untuk menziarahi kubur ibu dan bapanya apabila beliau diberikan kebebasan tetapi nampaknya ianya tidak kesampaian.

anak najib

Yana menjelaskan, petisyen pengampunan yang dibuat terhadap Najib Razak adalah mengenai ketidakadilan dalam perbicaraan kes SRC. Pendek kata, bapanya dihukum tanpa diberi pembelaan yang sewajarnya.

Yana berkata lagi, petisyen pengampunan turut mengemukakan beberapa point antaranya kebocoran keputusan akhir yang disediakan sebelum rayuan tamat. Yana melihat terlalu banyak kecacatan dalam proses penghakiman tersebut.

Tegasnya, Najib dihukum hanya kerana mendermakan sejumlah wang kepada charity. Dia dipenjara hanya kerana meminta lebih masa untuk membuktikan diri tak bersalah. Najib juga didapati bersalah kerana enggan mengalah untuk parti UMNO yang dicintai.

Akhir sekali, Yana berkata Najib dipenjara hanya kerana dia Bossk.

Kredit: Instagram Yana Najib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas