Connect with us

Oh! Media

Gambar PM Menghadap Agong Diserang, Netizen Persoalkan Pentadbiran Muhyiddin & isu ekonomi negara

0b040475 aa7c 4afe 9931 7092ea555d08

Oh! Negara

Gambar PM Menghadap Agong Diserang, Netizen Persoalkan Pentadbiran Muhyiddin & isu ekonomi negara

Semalam di laman Facebook, beberapa netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara. Mereka juga dikatakan seolah-olah seperti tidak tahan dengan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpinan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

89faec43 e818 461a 8a02 c3001a313d45

Di ruangan komen salah satu posting yang memaparkan gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong itu, netizen telah mengambil peluang untuk mengadu kesusahan yang mereka hadapi ketika pandemik Covid-19 dan ada juga juga yang turut berani “menyerang” pentadbiran Muhyiddin di akaun Facebook Istana Negara itu.

c2a4f2b7 127e 4bf8 be1d 37ac57b3374d

Salah seorang netizen dengan nama Hazriq Zamali berkata; 

IKLAN

Kami perlukan seorang pemimpin yang baik, serta bijak laksana untuk membantu kami di kala negara dilambung musibah.

Bukan seorang pemimpin sekampit beras.. Daulat Tuanku moga Allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik pada seluruh kaum kerabat Sultan Pahang.

Salman Khair pula berkata; 

PM tiada majoriti pertama di Malaysia. Pelik bin ajaib. Daulat tuanku. Mohon tuanku sentiasa memberikan yang terbaik buat kami rakyat Malaysia.

Mohd Farhan yang turut menyokong pendapat Salman itu membalas; 

Betul tu. Sampai bilalah kita nak duduk di bawah kerajaan tak ada majoriti ni. YDPA sahaja harapan rakyat.

Di ruangan komen itu juga terdapat beberapa netizen yang turut menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu kestabilan ekonomi negara dan tindakan pelabur yang berpindah ke negara-negara jiran.

Antaranya netizen dengan nama Wan Jitraa yang mengadu; 

Mohon tuanku faham kehendak rakyat. Rakyat dah cukup terseksa dan menderita di bawah kerajaan PN.

Pelabur dah ramai lari, rakyat dah ramai yang tak ada kerja, hilang punca pendapatan, ekonomi negara makin teruk tuanku, kes rasuah makin meningkat. Harap tuanku dengarlah suara majoriti rakyat Malaysia.

Seorang lelaki yang menggunakan nama sebagai Zainol Azhar turut sama menyuarakan kebimbangan yang sama;

 Tuanku, negara dan rakyat tidak akan berada di dalam keadaan yang baik jika income negara tidak berkembang.

Pelabur asing hilang kepercayaan jika kerajaan itu rapuh. Kini pun terdapat banyak sektor-sektor awam telah mulai tutup sedikit demi sedikit. Ada di antara para pelabur asing pun sudah mulai berpindah arah ke negara-negara lain.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang diterbitkan pada 24 Jan yang lepas, FDI Malaysia dikatakan telah merosot sehingga 68 peratus iaitu jauh lebih teruk berbanding negara negara Asean yang lain.

Kredit: MalaysiaKini

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas