Connect with us

Oh! Media

Fahmi Fadzil Kini Dalam Siasatan JAIS Selepas Tular Gambar Berucap Dalam Masjid

Fahmi fadzil jais ohmedia

Oh! Negara

Fahmi Fadzil Kini Dalam Siasatan JAIS Selepas Tular Gambar Berucap Dalam Masjid

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini dalam siasatan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ini selepas tersebar gambar di media sosial menunjukkan Fahmi memberikan ucapan di ruang solat utama, Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seni Kundang, Rawang.

Perkara ini disahkan sendiri Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan rasmi. Pengarah JAIS, Dato Haji Mohd Shahzihan Ahmad menjelaskan pihaknya menerima aduan dan akan disiasat mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

Pihak JAIS telah menjalankan siasatan dengan memanggil Nazir Masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan

JAIS ingin mengingatkan dan menegaskan kepada semua calon dan parti yang ingin bertanding supaya berhati-hati ketika berada di dalam masjid atau surau. Ia bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan yang melanggar titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan ketetapan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Pengarah JAIS juga menegaskan pihaknya akan tetap ambil tindakan tegas tanpa mengira mana-mana pihak. Ini kerana kesalahan itu seperti melanggar titah DYMM Sultan Selangor dan Arahan MAIS.

IKLAN

Kredit: Facebook JAIS

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas