Connect with us

Oh! Media

Dijangka Hujan Lebat Pada Hari PRN Melaka?

Article 6 19 11

Oh! Negara

Dijangka Hujan Lebat Pada Hari PRN Melaka?

Umum mengetahui Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dijalankan pada 20 November 2021, iaitu pada hari Sabtu, esok.

BACA: “KKM Puas Hati Dengan Pematuhan SOP PRN Melaka” – Khairy Jamaluddin

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan beberapa kawasan di Melaka bakal mengalami hujan lebat serta ribut petir pada petang hari PRN Melaka dijalankan.

IKLAN

Sebelah pagi diramal cerah dan tidak hujan

Prn Melaka
Foto Twitter MetMalaysia

Tiga kawasan di negeri ini yang dijangka hujan dan ribut petir adalah di kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Namun ini merupakan ramalan pada waktu petang, dan pada waktu pagi ketiga-tiga tempat ini diramalkan cerah dan tidak hujan.

Pengundi yang mahu mengundi esok perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan mengambil langkah berjaga-jaga pada hari mengundi esok. Sediakan payung sebelum hujan, takut tengah beratur mengundi tiba-tiba hujan pun turun.

Sentiasa jaga diri dan orang sekeliling, saling mengingatkan jika ada yang terlupa akan SOP yang ditetapkan. Jangan mengambil mudah akan jangkitan Covid-19 kerana kita masih berada di tahap yang tidak memuaskan. Jangan jadikan PRN Melaka ini asbab untuk kerajaan menarik semula aktiviti merentas negeri.

Kredit: Twitter MetMalaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas