Connect with us

Oh! Media

“Peniaga Makin Melampau!”- Pembeli Bengang Penutup Kotak Telur Ayam Dikenakan Charge

telur ayam

Oh! Tidak

“Peniaga Makin Melampau!”- Pembeli Bengang Penutup Kotak Telur Ayam Dikenakan Charge

Mana orang tak mengamuk kalau peniaga ni melampau-lampau letak harga! Korang bayangkanlah harga telur ayam dah naik sekarang ni, lepas tu ada penjual boleh kenakan bayaran juga untuk penutup kotak telur. Tak patut weh!

ADVERTISEMENT

Menerusi hantaran tersebut, peniaga meletakkan notis di mana akan mengenakan bayaran sebanyak 30 sen bagi setiap satu penutup kotak telur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengeluh melihat kenaikan harga barangan ketika ini yang semakin menjadi-jadi.

Makin teruk keadaan Malaysia, semua harga naik, sampai kotak nak tutup telur pun kena bayar – netizen.

Lepas ni, sekali sentuh dikira beli, macam-macam sekarang ni, yang tak patut naik pun dinaikkan harga, ambil kesempatan betul pihak peniaga ni, bila disoal kenapa mahal, macam-macam alasan bagi nanti. – Tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Kalau berlaku benda macam ni dekat tempat korang, jangan biarkan dan terus buat aduan. Makin lama makin berlemak pula peniaga yang tak bertanggungjawab ni.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas