Connect with us

Oh! Media

Cuepacs Sokong Kerja 4 Hari Setengah, Pekerja Lebih Bahagia Dan Produktiviti Meningkat?

Ohmedia cuepacs

Oh! Negara

Cuepacs Sokong Kerja 4 Hari Setengah, Pekerja Lebih Bahagia Dan Produktiviti Meningkat?

Cadangan pengurangan jam bekerja mendapat sokongan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Lapor Sinar Harian, Presiden Datuk Dr Adnan Mat berkata, semua pihak terutama majikan perlu bersedia dan terbuka untuk menambahbaik kualiti kehidupan pekerja tanpa menjejaskan produktivitinya.

Pekerja dapat menikmati work-life balance

Cuepacs

Beliau berpendapat, pengurangan waktu bekerja dapat memberi peluang kepada pekerja menikmati keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work-life balance).

IKLAN

Jelas beliau lagi, pelaksanaan waktu bekerja pendek akan membawa kepada peningkatan produktiviti kerana pekerja berasa bersemangat dan dihargai.

Cuepacs yakin produktiviti meningkat

Cuepacs

Namun, pelaksanaan haruslah melalui proses dan sistem yang teratur bagi memastikan ia tidak memberi impak sebaliknya.

Pekerja dapat menikmati hidup yang lebih sihat, bekerja tanpa tekanan dan seterusnya diterjemahkan dengan meningkatkan produktiviti pekerjaan.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang mempertimbang untuk mengubah waktu bekerja dalam sektor awam kepada hanya empat hari setengah.

Cadangan pengurangan jam bekerja berikutan cuti hujung minggu yang akan diubah kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Namun, Kerajaan Persekutuan masih belum memberi kata putus. Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, cadangan ini perlu diteliti lebih mendalam.

Jelas beliau, buat masa ini Kerajaan Persekutuan belum ada hasrat untuk memperkenalkan waktu kerja empat hari setengah.

Ohmedia cuepacs

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian | Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas