Connect with us

Oh! Media

Caruman KWSP Sebanyak 2% Untuk Pekerja Asing Dikatakan Wajar

Kwsp 2

Oh! Negara

Caruman KWSP Sebanyak 2% Untuk Pekerja Asing Dikatakan Wajar

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menyatakan bahawa cadangan kerajaan menetapkan caruman KWSP sebanyak 2% untuk pekerja asing adalah langkah yang wajar.

Menurut laporan Harian Metro, ACCCIM berkata yang kadar ini adalah lebih sesuai berbanding cadangan asal 12%, memandangkan beban kos operasi yang semakin meningkat dan cabaran ekonomi semasa.

Mekanisme semakan perlu jelas

Kwsp 1

Dalam satu kenyataan, ACCCIM turut berharap agar pindaan Akta KWSP 1991 dapat mewujudkan mekanisme yang telus dalam menyemak kadar caruman ini pada masa akan datang.

IKLAN

Proses semakan perlu dilakukan secara berkala dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan perniagaan, serta melibatkan rundingan bersama pemegang taruh berkaitan.

Kerajaan akan umum butiran lanjut

Ohmedia kwsp

Semalam, kerajaan mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan kadar caruman 2% secara mandatori untuk pekerja asing. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu ini, dengan butiran lanjut bakal diumumkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Sebagai pengantara utama antara komuniti perniagaan dan kerajaan, ACCCIM menegaskan komitmen mereka untuk memberikan maklum balas membina bagi memperhalusi dasar yang dapat membantu perniagaan serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

#OhmediaNasihat

Langkah memperkenalkan caruman KWSP untuk pekerja asing boleh memberi kesan kepada sektor perniagaan dan tenaga kerja. Kerajaan dan pihak berkepentingan perlu memastikan pelaksanaan yang adil agar ia tidak membebankan mana-mana pihak.

Kwsp 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas