
Oh! Negara
“Bagi Dia Masa” – Kecoh Baddrol Bakhtiar Berkempen Tapi Baca Teks, Ini Respon Altimet
Oleh
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Lembah Pantai, Altimet kekal tenang meskipun ada yang cuba melaga-lagakannya dengan calon Perikatan Nasional (PN) DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar.
BACA: “Saya Diberi Tugas Oleh Pengerusi PH Selangor” – Altimet Sah Bertanding Kerusi DUN Lembah Jaya
Menerusi ruangan komen infografik mengenai Altimet, seorang pengguna Twitter memuat naik video memaparkan Baddrol didakwa hanya membaca teks ketika berkempen.


Namun, Altimet secara positif berkata skil memberi ucapan boleh diasah dengan cara berlatih kerana semua orang sememangnya kurang mahir pada awalnya.

Tak habis di situ, ada pula netizen berkata Baddrol Bakhtiar seolah-olah memerli Altimet apabila ‘repost’ Instagram Story yang mengkritik lagu ciptaannya yang dikatakan memakan diri.

Tak melenting, Altimet secara tenang berkata ukhuwah yang terjalin antaranya dengan Baddrol adalah lebih tinggi berbanding retorik politik.
Dia memberi pesanan supaya Baddrol terus cekal dan istiqomah berjuang demi nasib rakyat.

Ketika berucap pada majlis ceramah di Gurun malam tadi, Baddrol menjawab dakwaan dia tak mempunyai manifesto seperti yang diperkatakan sebelum ini.
Menurut bekas pemain bola sepak ini, dia berpendirian untuk merealisasikan impian anak muda di DUN Gurun termasuk memajukan pemuda di kawasan itu.
Kredit: Twitter
