Oh! Negara
Anwar Ibrahim Tempelak Pihak Pertikai Bantuan Kerajaan Malaysia Bangunkan Semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengumumkan kerajaan Malaysia akan memulakan Projek Bandar Wakaf di Gaza. Ini termasuklah membina sekolah, hospital dan masjid yang musnah dalam perang dengan Israel.
Bagaimanapun, ada pula pihak yang bersuara mempertikaikan usaha baik ini dengan meminta Perdana Menteri mengutamakan rakyat daripada membantu orang luar. Sedar tentang perkara itu, Anwar Ibrahim menempelak pihak yang kritik bantuan pembangunan semula Gaza.
Anwar menegaskan bahawa Malaysia dan Jepun telah sepakat untuk membangunkan semula Gaza menerusi inisiatif Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Anwar Ibrahim kata, ada pihak kata Malaysia ‘main-main’…

Namun, terdapat beberapa pihak termasuk bekas pemimpin negara yang bersikap sinis terhadap usaha ini.
Ada yang kata tak cukup, satu pihak ini dia kata kita main-main, (projek) ini jumlahnya ratus juta. Ada pula golongan yang kononnya cerdik, pemimpin-pemimpin lama dulu ada seorang dia kata…sekolah kita pun tak selesai, nak tolong orang lain.
Ini perasaan hati manusia bagaimana? Kita tolong orang kampung lain, orang boleh kata kampung kamu pun belum selesai, tapi dalam Islam dia tidak pernah fikir begitu.- Tegas Anwar.
Malah, beliau juga membidas kenyataan seorang bekas pemimpin yang menyindir bahawa Malaysia sepatutnya menyelesaikan masalah dalam negara terlebih dahulu sebelum membantu Gaza.
Rafidah Aziz antara pemimpin yang pertikai, minta kerajaan utamakan keperluan rakyat dulu…

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, sebelum ini menggesa kerajaan untuk memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia sebelum melaksanakan projek bantuan di Gaza.
Beliau berpendapat bahawa kerajaan perlu lebih fokus kepada sekolah, hospital kerajaan luar bandar, serta rumah ibadat dalam negara yang masih banyak kekurangan.
“Kesengsaraan Gaza tidak boleh dipandang ringan”- Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan bahawa kesengsaraan rakyat Palestin bukan sesuatu yang boleh diabaikan.
Sejak Perang Dunia Kedua, inilah malapetaka paling dahsyat yang menimpa umat Islam dan umat manusia. Hancur lebur negerinya, dihina terus, tidak diberi pengiktirafan sama sekali. Sampai kiamat pun akan ada masalah dalam negara, tetapi itu tidak bermakna kita harus berdiam diri dan tidak membantu Gaza.- Tegas Anwar lagi.
Beliau turut menyelar kritikan yang meminta kerajaan menyelesaikan semua masalah dalam negara terlebih dahulu sebelum menyalurkan bantuan luar.
#OhmediaNasihat
Membantu mereka yang memerlukan adalah satu tanggungjawab kemanusiaan, tanpa mengira sempadan. Walaupun kita ada cabaran dalam negara, itu tidak bermakna kita harus menutup mata terhadap penderitaan rakyat Palestin. Semoga usaha ini membawa kebaikan kepada semua.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM