Oh! Negara
Anwar Ibrahim Selesai Menghadap YDPA, Barisan Kabinet Dijangka Akan Diumumkan Hari Ini
Pada
Oleh
Sekitar jam 8 pagi tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA: Anwar Beri Masa 2 Minggu Kepada Majlis Tindakan Untuk Kaji Subsidi Bersasar
Difahamkan, kehadiran Anwar ke Istana Negara itu adalah untuk mempersembahkan senarai kabinet baru yang akan membentuk kerajaan kepada YDPA.
Memetik laporan Metro, Anwar sudah pun selesai menghadap YDPA selepas kenderaan yang membawa Perdana Menteri Ke-10 itu dilihat keluar daripada pintu utama Istana Negara sekitar jam 9.15 pagi, kira-kira 50 minit selepas menghadap YDPA.

Pembentukan barisan Kabinet dijangka akan diumumkan hari ini bagi membolehkan kesemua Jemaah Menteri Kabinet yang baru untuk mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.
Anwar juga dijadualkan ke Perak bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi ini.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
PKR menafikan dakwaan kononnya parti itu menggunakan isu tangkapan khalwat sebagai strategi untuk menjatuhkan atau melemahkan...
Intipati Berita Bekas menteri, Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi Parti BERSAMA Malaysia...
NaniRoc tampil menafikan spekulasi dirinya wanita yang ditahan bersama Nik Nazmi serta mengecam komen lucah dan...
Bekas menteri, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dirinya merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan...
Mahkamah Sesyen diberitahu FashionValet menerima hampir RM40 juta daripada Khazanah Nasional Berhad dan PNB.