Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Nafi RUU PSB 2025 Rampas Hak Melayu

Ohmedia anwar Ibrahim

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Nafi RUU PSB 2025 Rampas Hak Melayu

Anwar Ibrahim tegas nafikan dakwaan RUU PSB 2025 rampas hak Melayu, malah untuk selamatkannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menepis tuduhan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 adalah helah kerajaan untuk merampas hak orang Melayu.

Malah katanya, dakwaan itu langsung tidak masuk akal kerana tujuan utama RUU tersebut adalah untuk menyelamatkan masyarakat Melayu di bandar daripada terus hidup merempat.

Anwar Ibrahim bukan perdana menteri boneka…

Anwar Ibrahim

Dalam sesi di Dewan Rakyat, Anwar dengan tegas menolak andaian kononnya beliau hanya sekadar boneka.

IKLAN

Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan bahawa kepentingan orang Melayu Bumiputera tetap akan menjadi keutamaan sepanjang pentadbirannya.

Jangan kita umpamanya buat tuduhan kita nak ketepikan orang Melayu, nak tindas mereka. Tak betul.

Saya rasa di antara tugas saya ini kerana nak menyelamatkan orang Melayu di bandar. Saya tidak mahu Melayu hidup merempat.- Katanya.

Bawa semula agenda pembangunan bandar…

Ohtidak kualalumpur 1jpg

Anwar turut mengingatkan bahawa usaha pembangunan untuk masyarakat bandar bukan perkara baharu. Beliau sebelum ini pernah melaksanakan projek besar seperti di Kerinchi dan Wangsa Maju ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Saya nak teruskan pembangunan itu sekarang kerana tertinggal puluh tahun.- Katanya.

Menjawab cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang meminta kerajaan menangguhkan RUU PSB 2025, Anwar berkata kerajaan terbuka untuk sebarang penambahbaikan.

Saya tidak mengatakan bahawa cadangan undang-undang itu adalah yang sempurna. Sentiasa boleh dibuat penyesuaian.- Jelasnya.

Antara perkara yang boleh dibincangkan termasuklah nilai ambang persetujuan bagi penduduk di sesuatu kawasan perumahan. Namun bagi Anwar, pembangunan semula bandar tidak boleh lagi dilengahkan.

Pssttt! Kalau kita tengok balik isu ini, sebenarnya niat RUU PSB 2025 adalah untuk memperbaiki taraf hidup rakyat, terutama orang Melayu di bandar. Kadang-kadang persepsi awal boleh buat kita salah faham. Jadi, sebelum kita cepat percaya dengan dakwaan atau tuduhan, sebaiknya kita faham dulu isi sebenar. Oh! Media nasihatkan korang supaya sentiasa selidik dulu sebelum buat kesimpulan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas