Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Ingatkan Pembangkang Untuk Runding Soal Peruntukan Jika Mahu Ia Diluluskan

Anwar brahim ohmedia

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Ingatkan Pembangkang Untuk Runding Soal Peruntukan Jika Mahu Ia Diluluskan

Hari ini, telah berlangsung penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada banyak isu yang berbangkit tadi dan antara isu yang mencuri tumpuan adalah tentang peruntukan kepada kawasan pembangkang.

Anwar menjelaskan, Ahli Parlimen pembangkang perlu membuat rundingan dahulu sebelum peruntukan diluluskan.

Lepas putus, tandatangan dan luluslah. Ini tidak, tak payah tandatangan, tak payah bincang (Ahli Parlimen pembangkang minta) beri (peruntukan dan kata) ini hak kami.

Bukan, bukan hak Ahli Parlimen. Runding (dahulu), setuju kita lulus. Kalau tidak, tunggulah sampai bila pun, saya tak akan luluskan.

PM juga mendakwa kaedah itu adalah sama sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob sebelum ini.

IKLAN

Seperti mana diluluskan oleh (Bera) sewaktu menjadi Perdana Menteri, peraturan yang lebih kurang kita guna. Nak peruntukan, bincang dan saya telah tugaskan Timbalan Perdana Menteri Kedua (Datuk Seri Fadillah Yusof) untuk mewakili pihak kami. Selesai dengan baik. Runding, jangan sombong dan angkuh.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas