Oh! Negara
Anwar Ibrahim Dipuji AS Lepas Berjaya Damaikan Thailand Dan Kemboja
AS puji Anwar Ibrahim atas peranan penting beliau damaikan Thailand dan Kemboja dalam krisis sempadan.
Ketegangan antara Thailand dan Kemboja akhirnya menemui titik damai apabila kedua-dua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat.
Apa yang menarik perhatian dunia, rundingan penting ini telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri di kediaman rasmi beliau, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Mesyuarat khas itu diadakan susulan pertempuran berdarah yang berlaku pada 28 Mei lalu di kawasan sempadan Preah Vihear yang dipertikaikan, hingga meragut nyawa seorang anggota tentera Kemboja.
Amerika Syarikat dan China turut hadir dalam perbincangan…
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, hadir dalam pertemuan bersemuka yang berlangsung hampir dua jam setengah itu.
Apa yang menjadikan mesyuarat ini lebih penting, kehadiran dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan China.
AS hadir sebagai penganjur bersama melalui Duta AS ke Malaysia, Edgard Kagan, manakala China sebagai pemerhati melalui Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Amerika Syarikat puji kepimpinan Anwar Ibrahim…
Susulan daripada kejayaan rundingan ini, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio mengeluarkan kenyataan memuji kepimpinan Anwar.
Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau dan kerana menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata ini.- Katanya.
Beliau turut menggesa agar Thailand dan Kemboja terus mematuhi komitmen yang telah dipersetujui bagi menamatkan ketegangan di sempadan.
Presiden Donald Trump dan saya komited untuk menghentikan keganasan serta-merta dan kami menjangkakan Kerajaan Kemboja dan Thailand akan menunaikan sepenuhnya komitmen mereka bagi menamatkan konflik ini.- Tegasnya lagi.
Rubio juga menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan terus terlibat dalam proses rundingan bersama Malaysia bagi memastikan konflik tersebut benar-benar berakhir.
Isu sempadan Thailand – Kemboja sepanjang 817km belum selesai…
Thailand dan Kemboja sememangnya memiliki sejarah diplomatik yang agak rumit, terutama berkaitan 817 kilometer sempadan yang belum ditanda dengan jelas.
Sebab itulah, pertemuan ini dianggap bersejarah kerana ia membuka peluang besar kepada penyelesaian jangka panjang yang lebih menyeluruh.
Pssttt! Ohmedia rasa korang pun boleh nampak betapa pentingnya peranan pemimpin dalam meredakan konflik, bukan sahaja dalam negara tapi juga di peringkat serantau. Kepimpinan yang bijak dan matang seperti ditunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar dijadikan contoh.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


