Connect with us

Oh! Media

Ahmad Maslan Calon Timbalan Speaker Baharu?

ohmedia ahmadmaslan

Oh! Negara

Ahmad Maslan Calon Timbalan Speaker Baharu?

Semua sedia maklum yang jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada waktu ini masih kosong. Ini selepas Datuk Seri Azalina Othman Said telah meletakkan jawatan dari tanggungjawab itu.

Disebabkan itu sehingga kini, kita masih ternanti-nanti siapa pula yang akan menggantikan tempat Azalini? Memetik laporan Kosmo Online, nama Datuk Seri Ahmad Maslan telah disebut sebagai satu-satunya calon dari blok kerajaan.

Perkara ini disahkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz selepas mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Agung UMNO itu. Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian turut dikatakan bersetuju dengan cadangan pencalonan itu.

IKLAN
1272581

Betul, Datuk Seri Ahmad Maslan menjadi calon bagi blok kerajaan untuk Timbalan Speaker dan kita telah bertemu dengannya dan beliau bersetuju.

Saya berharap pencalonan ini diterima semua wakil rakyat kerajaan termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pihak pembangkang termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang.

Jadi apa pandangan korang? Adakah Ahmad Maslan dapat memegang jawatan Timbalan Speaker dan mengawal Dewan Rakyat nanti? Sama-sama kita nantikan.

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas