Connect with us

Oh! Media

Agong Lantik Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9

copy of ohmedia 9

Oh! Negara

Agong Lantik Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Hari ini telah berlangsungnya majlis Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana negara dan dipengerusikan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Majlis ini berlangsung selama 2 jam setengah sejak jam 2.30 petang tadi bagi membincangkan isu-isu semasa negara.

BACA: Perikatan Nasional Sokong Ismail Sabri PM Ke-9 Dengan Syarat

Antara isu yang paling menarik perhatian adalah proses pencalonan bakal Perdana Menteri baharu yang ke-9. Pihak Istana Negara sebelum ini telah menerima pencalonan nama bakal Perdana Menteri daripada 220 Ahli Dewan Rakyat.

IKLAN

Maka dengan itu, Istana Negara mengesahkan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat mencalonkan Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Ini menjadikan Ismail cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baharu dan Baginda telah menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam untuk mengesahkan sokongan.

Atas pengesahan itu, Agong telah berkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Tahniah diucapkan.

Baginda menzahirkan harapan agar pelantikan Perdana Menteri baharu ini dapat meneruskan segara usaha memerangi pandemik Covid-19 dengan segera. Baginda mengarapkan juga agar kemelut politik dapat diakhiri dengan mengetepikan segala agenda politik.

e9on3zgvkaixbay
e9on3zcvgaute0e
e9on3zduuaeuadi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas