Branded
Tona Kulit Nampak Sekata Dalam Masa 2 Minggu Je. Oh! Media Cuba Sendiri Eucerin Spotless Brightening
Oleh
Setiap wanita pastinya mengimpikan kulit wajah yang cerah sekata, jadi tidak hairanlah jika ada yang sanggup berhabis wang ringgit demi mendapatkan kulit wajah idaman mereka.
Keadaan kulit wajah yang sering terdedah kepada matahari, pengaruh hormon dan penuaan ia menjadi punca masalah kulit kusam dan tona kulit menjadi tidak sekata.
Dengan inovasi dalam dunia kecantikan, kini terdapat banyak produk penjagaan wajah yang ditawarkan di pasaran, mengandungi kandungan baru yang telah diuji secara klinikal dan terbukti berkesan serta membantu menyelesaikan masalah kulit kusam seperti Eucerin Spotless Brightening.
Baru-baru ni kami telah ‘dicabar’ menggunakan Eucerin Spotless Brightening untuk melihat sendiri perubahannya pada wajah. Nak tau hasilnya? Bacalah sampai habis!
Kulit cerah & tona makin sekata!
Jujur penulis bukanlah seorang yang suka bertukar-tukar produk penjagaan wajah, tapi bila ‘dicabar’ ni, terasa nak juga mencuba. Lebih-lebih lagi apabila banyak waktu dihabiskan di rumah (work from home) dan penjagaan wajah kurang diamalkan hingga kulit jadi kusam dan tona tidak sekata.
Penulis telah diberi masa selama 14 hari untuk mencuba Eucerin Spotless Brightening Day & Night Fluid dan ini hasilnya….
Hari pertama:
Selepas mencuci muka dan memakai serum, penulis menggunakan Eucerin Spotless Brightening DAY Fluid pada waktu siang dan Eucerin Spotless Brightening Night Fluid pada waktu malam.
Kedua-dua krim ini mempunyai tekstur yang ringan, membuatkannya mudah menyerap ke dalam kulit. Krim yang berwarna kuning cair ini tidak terasa ‘berat’ dan melekit bila disapukan pada wajah. Paling best, ia tiada bau yang kuat, menjadikannya selesa digunakan.
Hari ketujuh:
Walaupun tiada perbezaan yang ketara, penulis dapat rasakan tekstur kulit jadi semakin lembut dan kesan gelap nampak berkurangan berbanding sebelumnya. Rasa kering di sekeliling hidung pun semakin hilang.
Hari keempat belas:
Hari terakhir.. Yeay! Apa yang berbeza? Pertama sekali, boleh lihat pencerahan yang diberikan sangat konsisten. Tidaklah putih sekelip mata, tapi penulis dapat lihat kesannya sedikit demi sedikit.
Tona wajah yang tak sekata semakin berkurangan, malah tompok-tompok kering pada muka hilang turut hilang (sebelum ni cuba macam-macam produk tapi tak berkesan).
Jadi penulis rumuskan yang Eucerin Spotless Brightening ni memang betul-betul berkesan untuk membantu memberikan pencerahan sekata pada kulit wajah. Selain, membantu memberikan lembapan yang diperlukan.
Thiamidol rahsia kulit wajah cerah sekata
Bagi anda yang tertanya-tanya, bagaimana Eucerin Spotless Brightening ini berfungsi, rahsianya pada kandungan Thiamidol, bahan yang telah dipatenkan Eucerin.
Thiamidol mempunyai kuasa aktif yang membantu memberikan 10 kali kuasa pencerahan pada wajah. Ia melawan punca hiperpigmentasi dari akar dan membantu mengurangkan proses penghasilan melanin serta menghalang ia daripada kembali bagi menjadikan kulit nampak cerah sekata.
Produk Eucerin Spotless Brightening DAY & NIGHT Fluid ini juga telah terbukti secara klinikal mampu meresap ke dalam kulit dan membantu mengurangkan kesan gelap pada wajah sehingga 75 peratus tanpa rawatan laser.
Seperti kami kongsikan, teksturnya yang ringan dan tidak melekit menjadikanya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit wajah.
Bukan itu sahaja, bagi memberikan kulit yang cerah berpanjangan, Eucerin Spotless Brightening DAY Fluid dilengkapi dengan kandungan UVA dan UVB.
Manakala Eucerin Spotless Brightening Night Fluid, memberikan perlindungan semalaman untuk pembaharuan kulit wajah semasa tidur.
Eucerin telah terbukti secara klinikal dan dermatologi berkesan untuk kulit wajah cerah berseri serta selamat digunakan. Malah, lebih 500 pengguna turut mengakui keberkesanannya. Untuk hasil yang maksima, gunakan bersama rangkaian lengkap Eucerin Spotless Brightening.
Hasilnya dapat dilihat seawal 14 hari penggunaan pada wajah dan bertambah baik dengan penggunaan yang konsisten.
Segera dapatkan Eucerin Spotless Brightening untuk kulit wajah yang #TranslucentRadiantSkin dan #SpotlessLimitless di Watsons hari ini.
Maklumat lanjut layari laman sesawang Eucerin atau ikuti Facebook dan Instagram Eucerin Malaysia.
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.