Connect with us

Oh! Media

Terbukti Berkesan & Diuji Secara Klinikal, Spotless Brightening Crystal Booster Serum Bantu Mengurangkan Bintik Hitam

Eucerin OM

Branded

Terbukti Berkesan & Diuji Secara Klinikal, Spotless Brightening Crystal Booster Serum Bantu Mengurangkan Bintik Hitam

Menjadi wanita kita pastinya amat menitikberatkan penjagaan wajah. Bintik hitam dan pigmentasi selalu menjadi ‘musuh’ utama untuk mendapatkan kulit yang cerah sekata.

Walaupun terdapat lambakan produk pemutih wajah yang dijual di pasaran, tapi tahukah anda kebanyakkan produk itu bertindak mengurangkan pigmen dengan menghapuskan lapisan wajah tanpa ‘melawan’ hiperpigmentasi daripada akar. Sebab itulah, walaupun kulit anda tampak cerah (selepas penggunaan produk pemutih) tapi masih terdapat bintik-bintik hitam yang jelas pada wajah. 

Tapi tak mengapa, kali ni Ohmedia nak kongsikan tentang satu produk terbaru daripada Eucerin, Spotless Brightening Crystal Booster Serum yang dapat membantu menyelesaikan masalah wajah anda. 

Paling penting produk ni dijamin selamat dan juga telah terbukti secara klinikal.

Kembalikan keserian wajah dengan Eucerin

Cuaca yang tak menentu seperti panas melampau dan kering menyebabkan kulit wajah senang terhidrat dan tampak kusam. Penggunaan produk wajah yang salah juga menyebabkan kulit menjadi kering.

Kali ini, Eucerin memperkenalkan Spotless Brightening Crystal Booster Serum yang merupakan penyelesaian untuk masalah kulit wajah anda. Bukan hanya mengembalikan penghidratan pada wajah malah ia juga membantu mencerahkan kulit dari dalam hanya dalam 2 minggu! Tak perlu lagi ke pusat kecantikan untuk mendapatkan kulit wajah impian kerana Eucerin merupakan produk ‘rahsia’ yang anda WAJIB miliki.

Thiamidol bahan ‘ajaib’ yang terbukti berkesan & diuji secara klinikal

Apa yang membezakan Eucerin Spotless Brightening Crystal Booster Serum daripada produk penjagaan wajah lain di pasaran? 

Pertama sekali, mestilah bahan utamanya Thiamidol, yang telah dipatenkan oleh Eucerin. Untuk pengetahuan, Thiamidol ni mempunyai kuasa aktif yang membantu memberikan 40 kali kuasa pencerahan pada wajah dan merupakan bahan untuk mencerahkan wajah terkuat yang diiktiraf dalam industri. 

Ia melawan punca hiperpigmentasi dari akar dan membantu mengurangkan proses penghasilan melanin serta menghalang ia daripada kembali bagi menjadikan kulit nampak cerah sekata.

Penggunaan yang berterusan sehingga 12 minggu telah terbukti BERKESAN menghilangkan sehingga 75% pigmentasi. Kandungan Asid Hyaluronic dan Glycerin turut membantu menghidrat kulit secara mendalam dan memberikan kelembapan sehingga 98% pada wajah.

Dengan penggunaan yang konsisten bintik hitam akan semakin berkurangan dan wajah anda juga kan menjadi lebih lembap. Bestnya!

Tekstur yang ringan dengan Crystal Technology

Kalau anda memiliki kulit jenis kombinasi atau berminyak, tak perlu bimbang kerana Eucerin Spotless Brightening Crystal Booster Serum ni memang untuk anda.

Ia mempunyai kuasa penyerapan yang pantas kerana menggunakan Crystal Technology. Teksturnya juga ringan, tidak melekit dan berminyak.

Bila digunakan serum ini tidak meninggalkan rasa ‘berat’ pada wajah. Malah membantu memberikan penghidratan kepada kulit jenis berminyak dan menjadikan wajah lebih lembut. Jadi sesuai sangatlah untuk anda yang memiliki kulit kombinasi dan berminyak tu!

Selain itu, apa yang menarik mengenai Eucerin Spotless Brightening Crystal Booster Serum, bahannya bersifat non comedogenic, yang mana ia tidak menyumbatkan pori yang menjadi punca utama masalah kulit wajah. 

Lengkapkan rutin penjagaan wajah dengan Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence

Untuk hasil pencerahan yang lebih pantas, anda boleh gunakan Spotless Brightening Crystal Booster Serum bersama Spotless Brightening Boosting Essence. Essence ni perlu digunakan pada wajah sebelum mengaplikasikan serum.  

Kandungannya yang terdiri daripada asid hyaluronik + 5% gliserin (untuk lembapan secara mendalam), Pathenol provitamin B5 (membantu memperbaiki dan menguatkan penghalang kulit) dan vitamin C untuk mencerahkan wajah, merupakan gandingan terbaik untuk Spotless Brightening Crystal Booster Serum. 

Tekstur Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence ini menghidrat dan tidak melekit, menjadikan kulit wajah kelihatan lebih lembap dan anjal.

Miliki kulit wajah bebas bintik hitam hanya dengan Eucerin

Produk Eucerin ni tak perlu diperkenalkan lagi kerana ia memang terbukti berkesan dan dipercayai oleh pakar!

Tunggu apa lagi? Jangan menderita akibat bintik hitam dan wajah yang kusam. Dapatkan Eucerin Spotless Brightening Crystal Booster Serum (RM209 30ml) dan Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence (RM139 100ml) di farmasi berdekatan anda hari ini.

Maklumat lanjut layari laman sesawang Eucerin atau ikuti Facebook dan Instagram Eucerin Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas