Connect with us

Oh! Media

Cara Paling Cepat Untuk Masak Setiap Hari

Oh! Lifestyle

Cara Paling Cepat Untuk Masak Setiap Hari


Memasak ni bukan satu perkara yang mudah dan cepat, nak sediakan bahan memasak je dah ambil masa yang lama tambah pula nak menyiang, mengopek, membasuh, mengoreng lagi, haih memang banyak betul benda yang nak dibuatnya.

ADVERTISEMENT

Tipulah kalau korang tak pernah ada niat nak buat bekal makanan untuk diri sendiri atau untuk anak dan suami setiap hari, tapi selalunya mesti tak jadi sebab takut kalau terkejar masa terutamanya bagi yang bekerja.

Sebenarnya untuk memasak dengan cepat korang kenalah pandai beli barang dapur dengan betul dan korang juga perlu sediakan bahan memasak dengan lebih awal. Bila korang tak tahu tip yang betul, urusan korang di dapur akan menjadi susah dan lambat.

Haaa, kalau nak tahu apa rahsia yang membolehkan korang masak dengan cepat setiap hari korang boleh ikut cara ini:

1.Beli Barang Dapur Setiap Hujung Minggu
Sabtu atau ahad adalah masa yang paling sesuai untuk beli barang dapur. Pastikan ayam, daging, udang dan ikan dibeli secukupnya untuk seminggu. Bersihkan dan siang bahan yang telah dibeli terlebih dahulu sebelum simpan di dalam peti ais.

2. Kisar Bahan Mentah
Jika korang ada beli ayam atau daging, bahagian isi tu boleh dikisarkan untuk di jadikan bahan penambah perasa bila memasak. Korang juga boleh jadikan ayam atau daging sebagai air rebusan dan simpan di dalam bekas & bekukan.

3. Pilih Sayur Yang Versatile
Pastikan korang beli sayur-sayuran cukup untuk 3 Hari saja. Antara sayur versatile yang sesuai di masukkan ke dalam apa-apa jua masakan adalah salad, tomato, capsicum, cauliflower, carrot dan kobis. Sayuran versatile ini juga tidak akan cepat layu dan boleh di sediakan dengan cepat. Kalau nak makan mentah pun boleh, rendam air panas pun boleh. Memang versatile la kata orang, macam-macam dia boleh.

4. Sediakan Paste Dalam Peti
Penggunaan cili boh untuk memasak adalah sangat penting. Jadi buatlah stok cili boh untuk tahan sehingga 2 minggu. Caranya dengan kisar cili kering (pastikan direbus terlebih dahulu) bersama dengan bawang, halia, belacan dan tambah sedikit minyak sebagai cecair pelincir. Sedikit tips tambahan, jangan kisar bahan menggunakan air, kerana ini boleh membuatkan cili boh anda tidak tahan lama dan kalau ada ternampak air sikit-sikit lebih baik dibuang untuk paste tahan lebih lama.

5. Bawang Halia
Ada orang yang suka kisar bawang dan halia siap-siap. Tapi ada juga yang suka kupas semasa nak memasak. Ini terpulang pada masing-masing punya cara. Sebab mana-mana cara pun okay.

6. Susunan Cara Memasak
Untuk agihan masa memasak, contohnya korang boleh masak air panas terlebih dahulu, manalah tahu kalau terasa nak minum air panas ke untuk melegakan dahaga masa memasak. Satu sebab lagi adalah untuk cepat siapkan bahan bila korang masak masakan berkuah. Lepas tu, korang boleh la teruskan dengan masak nasi dan kupas bawang.

7. Multi-Tasking
Kalau boleh bila memasak tu guna lah kesemua dapur yang ada. Kalau ada 4 tungku dapur, gunalah semua. Tapi pastikan guna api yang perlahan pada yang tak biasa nak coordinate 4 tungku serentak. Kalau ada 2 gunalah jelah 2 tu. Guna konsep multi-tasking. Sambil memasak sambil potong sayur atau bahan lain. Sambil masak lauk lunch sambil masak breakfast gituw.

8. Guna Gajet Memasak
Gunakan semua gadget yang boleh membantu anda tangkas memasak. Kalau ada Periuk Noxxa ke Tupperware Black Series ke Tefal Non-Stick Pan ke, Turbo Chopper ke, Pie Maker ke, apa sahajalah. Semua gadget-gadget ni perlu digunakan sepenuhnya, jangan simpan jadi hiasan!

9. Sebelum Tidur Fikir Menu Apa Nak Masak
Tips no.9 ni antara yang paling selalu dibuat oleh ibu-ibu. Ada sesetengah orang akan sediakan bahan masakan malam sebelum tidur untuk jimat masa. Malam-malam sebelum tidur tu kalau boleh cubalah rancang menu untuk esok dan thaw saja bahan-bahan yang sepatutnya. Tapi ini terpulang kepada pilihan masing-masing.

10. Beli Telur Banyak
Satu bahan yang paling versatile untuk buat bekal sarapan adalah telur. Kalau boleh tu, belilah telur sepapan terus untuk dua minggu. Lagi satu, boleh juga beli roti untuk tambahan. Kombinasi telur dan roti sebagai bekal memang paling senang dan boleh dipelbagaikan.

11. Tanya Idea Suami Dan Anak-anak
Haaa, korang juga boleh bagi peluang untuk anak-anak dan suami untuk order menu kegemaran mereka. Kalau nak buatkan bekal pastikan korang yang tetapkan menu tu mengikut giliran, jadi semua orang akan makan bekal yang sama. Dengan idea dari anak-anak dan suami, sekurang-kurangnya korang dah tak payah pening fikir nak masak apa!

Tips Tambahan
Jangan lupa, kita juga manusia biasa yang kadang-kadang akan ada rasa malas yang teramat sangat. 

Mesti ada sesetengah daripada kita yang akan melopong atas katil cari kekuatan nak memasak terutamanya pada waktu pagi, dan ada juga yang akan matikan loceng jam dan set semula untuk tidur secukupnya sebelum mandi pergi kerja. Itu sangat normal, jadi jangan rasa stress bila korang ada mood yang macam ni. 

Korang boleh standby roti krim atau roti manis sekali dengan susu kotak, sebagai ganti sarapan atau bekal untuk anak-anak dan suami. Dan untuk yang bekerja, bila balik kerja petang tu, memasaklah korang lepas penat redah jem. Kot malas jugak, beli jelah lauk kedai. Haha!

Jadi sampai disini saja perkongsian dari kami, cara-cara untuk memasak dengan cepat. Untuk yang bujang dan yang baru berkhawin, bolehlah ‘start slow but consistent’. Semoga tips ini dapat memberi manfaat untuk semua!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas