Connect with us

Oh! Media

Tip Menabung ‘Tabung Hijau’ Yang Mudah Bagi Si Pemboros

Oh! Lifestyle

Tip Menabung ‘Tabung Hijau’ Yang Mudah Bagi Si Pemboros

Tahun 2020 ni sememangnya tahun yang mencabar. Bayangkanlah, tahun yang kita tunggu-tunggu sejak kecil dulu lagi kononnya akan ada kereta terbang, motor terbang, dan segalanya terbang tapi rupa-rupanya hanya duit yang terbang entah ke mana.

Jadi, kalau ada sekelumit kerisauan dalam diri tentang nasib kewangan anda di masa akan datang, artikel ini insyaAllah akan mendidik anda dengan semudah-mudah kaedah bagaimana untuk memulakan tabung yang pertama dengan berdisiplin ya?!

ADVERTISEMENT

Farhana melalui akaun Twitter @farhanaainiomar, berkongsi tentang bagaimana beliau yang sebelum ini merupakan seorang yang boros akhirnya dapat membudayakan amalan menabung bermula sejak awal tahun lalu. Katanya, better late than never right?

Bagaimana Farhana melakukannya?

Beliau mula menabung dengan mengumpul duit RM5. Kalau ada RM5 dalam purse, beliau haramkan untuk dibelanjakan kerana dah niat untuk menabung. Kalau ada 5 keping note RM5, memang semuanya terpaksa redha ajelah masuk ke dalam tabung.

Menurut Farhana lagi, mula-mula memang akan rasa macam ala banyaknya nak kena simpan baik guna untuk tambah-tambah kalau terdesak. Namun pesannya kita kenalah berdisiplin dan percaya yang menabung ni akan menjadi kebaikan untuk diri kita sendiri juga nanti.

Lama-lama akan terbiasa

Mula-mula memanglah terasa janggal tapi lepas tu akan terbiasa. Nampak sahaja duit RM5 terus letak tepi, terus tak pakai. Kata Farhana, tabung beliau sendiri dah penuh dan bila kira, tak sangka dah cecah beratus ringgit. Hasil simpanan tu masukkan ke dalam ASB atau Tabung Haji dan selagi boleh janganlah dibuat belanja untuk perkara yang tidak perlu.

Sesuai Untuk Si Pemboros

Sebenarnya tak perlu lihat orang lain tapi lihatlah diri kita sendiri sahaja dulu. Sejauh mana kita berdisiplin dalam menjaga perbelanjaan harian? Berapa banyak duit lebihan yang dapat kita simpan setiap bulan?

Tentunya amalan ini memang seusia untuk yang boros dan terasa susah sangat nak menyimpan selama ni. Sebenarnya tak kisahlah anda simpan duit warna apapun, ikutlah pada kemampuan asal jangan sampai membebankan. RM5 tentunya adalah jumlah yang “just nice” untuk dicuba sesiapa sahaja.

Maka selepas ini, wujudkanlah “Tabung Hijau” anda yang pertama.

Selamat mencuba!!

Kredit: Farhana Aini Omar

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas