Connect with us

Oh! Media

Terkini! Harga Minyak Masak Botol Turun Selama Sebulan

Oh! Lifestyle

Terkini! Harga Minyak Masak Botol Turun Selama Sebulan

Beberapa bulan lalu kita dikejutkan dengan satu pengumuman dibuat kerajaan mengenai harga siling minyak masak botol dimansuhkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Harga Minyak Botol Meningkat, Pengguna Rayu Subsidi Dikembalikan

Terbaru, harga siling bagi minyak masak bagi bermula 1 kilogram (kg) hingga 5kg telah ditetapkan untuk tempoh sebulan bermula 8 Ogos hingga 7 September 2022.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan kepada Kosmo bahawa harga tersebut tertakluk di peringkat runcit seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Mekanisme penentuan harga siling runcit minyak masak tidak bersubsidi kemasan botol ditetapkan berdasarkan harga purata bulanan minyak sawit mentah (CPO) yang ditentukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setiap awal bulan berserta faktor-faktor lain yang berkaitan.

Untuk itu, harga bagi 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg masing-masing telah pun ditetapkan pada harga RM7.70, RM14.70, RM21.70 dan RM34.70 sebotol.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas