Connect with us

Oh! Media

Teringin Nak Makan Portuguese Egg Tart? Buat Je Sendiri Ikut Resipi Ni, Mudah Sangat!

egg tart

Oh! Lifestyle

Teringin Nak Makan Portuguese Egg Tart? Buat Je Sendiri Ikut Resipi Ni, Mudah Sangat!

Ada ke yang sedang mengidam atau teringin portuguese egg tart? Nak keluar pergi beli kadang-kadang malas, bila dah beli, nanti tak sedap pula kan? Dah, jangan risau! Sekarang ni kami di Oh! Media nak share resipi yang sangat mudah untuk korang buat sendiri portuguese egg tart ni!

ADVERTISEMENT

Portuguese egg tart ni sedap kalau makan panas-panas. Dia punya sedap tu memang betul ummphh! Dah la senang je nak buat, sedap pula tu.

egg tart

Bahan-bahan

  1. Instant puff pastry, tak kisah apa-apa jenama pun boleh.

2. 50g telur penuh, iaitu telur putih dan kuning. Telur ini perlu dituang dalam bekas dan timbang, agar dapat berat yang diperlukan. Kalau lebih, korang buang je sikit putih telur tu.

3. 4 biji telur kuning

4. 100g Gula kastor

5. 150g susu full cream

6. 300g whipping cream

7. Esen vanila

egg tart

Untuk buat filing, semua bahan-bahan ni boleh masukkan dalam satu bekas, kecuali whipping cream.Lepas itu kacau sehingga sebati, akhir sekali baru masukkan whipping cream. Siap!

Cara-cara

  1. Pertama sekali, korang kena lapik plastik dulu bawah pastry dan tekankan dengan menggunakan cawan. Angkat dan masukkan dalam aluminium, lepastu tekan bagi rata dekat tepi-tepi aluminium tersebut. Tuang filing 3/4 penuh, jangan terlebih pula okay!
  2. Kemudian boleh masukkan dan bakar dalam oven 25 minit suhu 160-170 ikut oven masing-masing. Api buka atas dan bawah.
  3. Bila dah nampak macam keperangan dan pugg dah garing, itu maknanya portuguese egg tart korang dah siap! Mudah kan?
egg tart

Guna beberapa bahan je dan caranya pun mudah untuk buat portuguese egg tart ni! Budak-budak sekolah pun boleh buat, apatah lagi korang yang dah besar dan bekerjaya ni, haha.

Egg tart ni korang boleh buat untuk Hi-tea bersama ibu ayah, anak-anak, suami atau pun bersama keluarga mentua. Kalau kawna-kawan nak datang rumah, tak tahu nak buat apa, korang buat je ni! Confirm semua suka.

Jangan lupa untuk kongsikan resipi ni bersama kawan-kawan dan keluarga okay! Kalau dah cuba, bolehlah comment dekat Facebook Oh! Media, laporkan jadi ke tak jadi. Hehe selamat mencuba!

Kredit: Rasa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas