Connect with us

Oh! Media

Tebus Ganjaran My Digi Apps Dengan Ikut Steps Mudah Ni!

Oh! Lifestyle

Tebus Ganjaran My Digi Apps Dengan Ikut Steps Mudah Ni!

Haih! Sales 11.11 dah habis, tapi tahukah korang pengguna My Digi Apps sentiasa dihujani ganjaran. So, hari ni kami nak kongsikan sedikit cara-cara macam mana korang boleh redeem rewards di My Digi Apps.

ADVERTISEMENT

Sebelum tu make sure korang dah muat turun aplikasi My Digi dalam telefon dan daftarkan no telefon korang tu. Ianya untuk kedua-dua pengguna sama ada prepaid atau postpaid. Kalau sudah, moh kite tebus banyak-banyak.

Step 1: Check in My Digi Apps

First sekali korang check in dalam My Digi Apps. Korang akan masuk ke dashboard akaun My Digi korang, dan akan nampak tiga butang pilihan dekat bawah tu. Klik pada icon shop dan korang akan masuk ke dashboard yang penuh dengan tawaran dan ganjaran dari My Digi tau.

Hari ni, kami nak tunjuk dekat korang cara macam mana kami beli dan redeem ais krim yogurt pada harga diskaun My Digi Apps. So korang pilih je icon f&b pada screen korang tu. Kalau nak explore yang lain pun boleh, sebab korang confirm rambang mata.

Step 2: Pilih, baca & beli

Seterusnya, korang akan dibawa ke ruangan f&b di mana banyak pilihan diskaun pada makanan kegemaran korang. Klik pada pilihan makanan tu dan baca terma dan syarat dia. #membacaamalanmulia

Lepas dah confirm korang layak gunakan baucar tu, barulah teruskan pembelian. Untuk makluman, baucar yang korang beli tadi akan secara automatik masuk ke ruangan MyRewards tau. So make sure korang check semula selepas buat pembelian.

Step 3: Check baucar & lokasi

Kalau dah ready untuk redeem, korang klik pada butang ‘view‘ untuk tengok baucar dan lokasi di mana korang boleh redeem. Korang boleh check lokasi dengan klik pada butang ‘Visit All Locations‘. Kalau korang malas nak check, pergi je dekat kaunter dan tanya pada orang kedai tu.

So tadi kami teringin nak makan ais krim yogurt, bila check dalam apps tu, gerai cawangan tiada dalam senarai. Tapi kami terus tanya pada orang di kaunter dan alhamdulillah boleh redeem dekat situ. Jadi gais, jangan malu untuk tanya tau.

Step 4: Order, redeem & enjoy!

Kalau dah confirmkan semua, tibalah saat untuk order makanan korang dan tunjukkan baucar tu di kaunter. So untuk baucar yang kami gunakan tadi ianya bernilai RM6.99 untuk mana-mana makanan yang nilainya pada harga RM10.

Eh! Macam mana kalau nilai makanan tu lebih dari RM10? Senang je guys, kalau jumlah makanan korang lebih dari harga promosi, korang tambah je jumlah yang terlebih tadi. Contohnya, korang boleh tengok resit pembelian dekat bawah ni.

Baiklah, so harap korang dapat sedikit input macam mana nak gunakan My Digi Apps dengan betul supaya korang boleh nikmati ganjaran yang ditawarkan.

Bukan f&b je gais, ada banyak kategori yang boleh korang check antaranya shopping, wellness, gaming, video, learning, online, MyDigi Bazaar, travel, cinema, activities, service dan kalau korang perasan dekat dashboard ada banyak juga promosi lain yang ditawarkan.

Senang cerita, dekat dalam My Digi Apps korang boleh dapat banyak ganjaran yang berbaloi-baloi! So, apa tunggu lagi moh le kita redeem. Muat turun aplikasi My Digi Apps sekarang juga! #mydigiapps

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas