Connect with us

Oh! Media

‘Renew’ Lesen Memandu Anda Secara Online Dengan 3 Langkah Mudah!

Oh! Lifestyle

‘Renew’ Lesen Memandu Anda Secara Online Dengan 3 Langkah Mudah!

Risau pula kadang-kadang, bila dah lama sangat duduk kat rumah ni rasa macam dah lama tak memandu. Entah-entah lesen memandu pun dah tamat tempoh hahaha. Cuba korang cek tengok lesen memandu korang, manalah tahu kot-kot dah tamat tempoh. Buat kena tahan dekat roadblock ke, tak pasal-pasal pula kena saman.

ADVERTISEMENT

Walaupun Pos Laju buka je tengah-tengah Perintah Kawalan Pergerakan ni, tapi dengan kes harian yang tengah tinggi sekarang ni seeloknya kita duduk je la dekat rumah. 

Haaa, buat korang yang ada lesen memandu tapi dah tamat tempoh tu, jangan risau sebab sekarang ni korang boleh renew lesen memandu secara online je tauu!

Korang boleh pilih untuk renew lesen memandu secara online, samada di laman mySIKAP atau di laman MyEG. Dibawah kami sertakan sekali langkah-langkah bersama dengan gambar untuk memudahkan korang;

3 Langkah Mudah ‘Renew’ Lesen Memandu Di Laman mySIKAP

1. Daftar Akaun Baru

Sebelum nak renew lesen, korang kena daftar akaun terlebih dulu di platform digital JPJ di SINI . Lepas dah ikut semua arahan yang dia bagi sehingga selesai, korang akan terima kata laluan pertama melalui emel dan gunakan kata laluan tersebut untuk log masuk ke dalam akaun. 

Tapi ingat! kata laluan pertama ni hanya valid untuk 7 hari je tau. Lepas daripada 7 hari, kata laluan tersebut akan di reset secara automatik dan korang terpaksalah daftar semula akaun baru.

2. Log Masuk mySIKAP Kali Pertama

Selepas korang berjaya mendaftar akaun, korang pergi semula ke laman web INI dan masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan pertama yang korang terima dalam emel tadi dan tukar kepada kata laluan yang baru. Log in semula menggunakan kata laluan baru.

3. Semak Dan Bayar

a) Bila korang dah berjaya log in ke dalam akaun, korang klik pada menu Lesen Memandu.

b) Kemudian, klik pula pada Pembaharuan Lesen Memandu.

c) Pilih lesen kenderaan yang korang nak renew berserta dengan jangka hayat lesen.

d) Selepas itu, korang akan dibawa ke halaman butiran maklumat. Dekat halaman ni nanti maklumat lesen korang akan dipaparkan.

e) Semak maklumat yang dipaparkan dengan teliti. Di bahagian Kaedah Penghantaran, korang pilih kaunter JPJ.

f) Kemudian tanda pada kotak Ambil Gambar kalau korang nak kemaskini gambar lesen memandu dekat kaunter JPJ berhampiran. Kalau nak upload gambar sendiri pun boleh, nak guna balik gambar lama pun boleh, nanti korang klik Ya macam dekat bawah ni;

g) Tekan Bayar. Lepas tu, korang pilihlah kaedah pembayaran yang korang nak guna. Bayar dan siap!

P/s: Korang still kena datang dan ambil sendiri lesen dekat pejabat JPJ bila dah siap nanti. Semoga pada masa akan datang, pihak JPJ bolehlah mewujudkan khidmat penghantaran ke alamat pengguna.

3 Langkah Mudah ‘Renew’ Lesen Memandu Di Laman MyEG

1. Daftar Akaun Di MyEG

Mula-mula korang kenalah daftar akaun MyEG dulu di www.myeg.com.my/login. Bila dah masuk ke laman utama korang klik Register Now. Lepas dah ikut semua arahan yang dia bagi sehingga selesai pendaftaran, barulah korang log in menggunakan emel dan password tadi.

2. Klik Pada JPJ

Klik pada Service dan bila keluar halaman ini, korang klik dekat Jabatan Pengangkutan Jalan. 

Kemudian, korang klik pula pada pilihan Driving License Renewel (Baharui Lesen Memandu).

3. Isi Maklumat Penting

Ini bahagian penting dan utama. Pastikan korang isi butiran dibahagian: 

  • Nombor kad pengenalan pemilik lesen memandu
  • Kategori
  • Tempoh pembaharuan (1 hingga 5 tahun)
  • No telefon
  • Emel
  • Kaedah pengambilan lesen. (Dekat sini ada 2 cara untuk korang ambil lesen bila dah siap nanti. Pertama melalui penghantaran secara delivery atau yang kedua, korang boleh datang dan ambil sendiri di Pusat e-khidmat iaitu di MyEG HQ.)

Kalau korang pilih nak terima lesen secara delivery, korang perlu masukkan butiran lengkap alamat supaya lesen memandu korang dapat di pos dengan selamat terus ke pintu rumah dalam masa 2-5 hari. 

Bila semua maklumat dah diisi, korang klik je “Submit/Hantar” dan bayar!

Mudah je kan? Yang bestnya, bukan setakat boleh renew lesen je dekat portal MyEG ni! Haaa, ni antara perkhidmatan lain yang ditawarkan di portal MyEG:

  • Renew insurans & permit pekerja asing
  • Gantian MYKAD online
  • Semak status bankrup
  • Semak CCTOS, dan lain-lain.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat buat korang semua! Btw, Stay safe guys!

#KitaJagaKita

Kredit: mySIKAP, MyEG

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas