Connect with us

Oh! Media

“Rasa Cukup-Cukup Makan..” – Isteri Rasa Takut Dengan Gaji RM7,000 Suami Dikecam

gaji

Oh! Lifestyle

“Rasa Cukup-Cukup Makan..” – Isteri Rasa Takut Dengan Gaji RM7,000 Suami Dikecam

Baru dua tahun berkahwin, tapi tekanan hidup dah mula menggugat kebahagiaan. Itulah dilema seorang isteri yang meluahkan rasa terbeban walaupun suaminya mempunyai gaji RM7,000 sebulan.

Menurut laporan WeirdKaya, wanita ini berkongsi kisahnya dalam satu hantaran tanpa nama di Facebook dan mengakui dia berada di persimpangan antara rasa bersyukur dan kebimbangan tentang masa depan.

IKLAN

“RM7,000, kami rasa macam cukup-cukup makan je…”- Isteri.

Dalam hantaran tersebut, dia mengakui suaminya seorang yang penyayang dan bekerja dalam pekerjaan yang stabil. Tapi tekanan kewangan mula mengikis keindahan rumah tangga mereka.

Kalau ikutkan, RM7,000 cukuplah kan? Tapi bila masuk sekali bayaran rumah, ansuran kereta, bil, perbelanjaan harian dan mungkin besarkan anak, kami rasa macam cukup-cukup makan je.- Luahnya.

Wanita ini turut mendedahkan dia cuba memberanikan diri bertanya sama ada suaminya pernah terfikir untuk cari kerja dengan gaji lebih tinggi.

Suaminya terdiam, sebelum menjawab bahawa kerja sekarang adalah kerja yang stabil. Namun, soalan seterusnya benar-benar mencetuskan rasa kecewa dalam dirinya.

“Apa guna stabil kalau kita nak pergi bercuti pun tak mampu, apatah lagi nak ada anak?”- Ketakutan seorang isteri.

Wanita ini menegaskan dia bukan tamak atau menyalahkan suaminya, sebaliknya dilanda ketakutan tentang masa depan mereka sebagai pasangan.

Saya cuma takut kalau kami akan terus hidup susah, takut 10 tahun akan datang kami masih menyewa, tak mampu beri kehidupan yang baik untuk anak-anak. Takut kalau cinta ini tak mampu bertahan di bawah beban hidup yang makin berat.

Walaupun luahan itu datang dari hati yang jujur, ramai netizen tampil mengecam wanita tersebut kerana beranggapan RM7,000 sudah memadai untuk hidup selesa, lebih-lebih lagi jika hanya satu pasangan yang bekerja.

Pssttt! Dalam dunia sekarang, tekanan kewangan boleh menggugat hubungan walau cinta masih kuat. Tapi penting juga untuk hargai usaha pasangan dan belajar hidup dalam kemampuan. Tak salah risau masa depan, tapi jangan sampai rosakkan apa yang kita ada hari ini. Perkahwinan perlukan komunikasi dan saling memahami, bukan hanya angka pada slip gaji.

Kredit: WeirdKaya
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas