Connect with us

Oh! Media

Perlukan Privasi, Ini Cara Mudah Kaburkan Imej Rumah Pada Google Street View

Google Maps

Oh! Lifestyle

Perlukan Privasi, Ini Cara Mudah Kaburkan Imej Rumah Pada Google Street View

Google Street View (GSV) adalah gambaran maya persekitaran kita pada peta Google yang terdiri daripada berjuta-juta Imej panorama.

BACA: Pengguna Boleh Tambah Tempat Yang Tiada Dalam Google Maps

Kebiasaanya, gambar persekitaran yang terdapat dalam GSV berasal daripada dua sumber iaitu daripada pihak Google sendiri dan juga para penyumbang yang terdiri daripada masyarakat setempat.

IKLAN

Melalui GSV, anda berpeluang untuk melihat kawasan di seluruh dunia. Namun, kadang-kala imej yang ditangkap tidak menepati kehendak seseorang dan tidak sepatutnya di letak pada GSV.

Lebih-lebih lagi imej pada rumah kita. Sesetengah orang menyukai privasi dan tidak suka menunjukkan imej rumah mereka pada aplikasi itu.

Jangan risau, dalam GSV juga terdapat sebuah tetapan yang mana anda boleh mengaburkan imej rumah anda secara kekal. Bagaimana nak buat? Jom ikut langkah ini.

1. Layari Google Maps

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design 81

Untuk langkah pertama, anda hanya perlu pergi ke laman Google anda dan taip ‘Google Map‘. Selepas anda search, akan terpampang peta berdekatan kawasan anda.

Selepas itu, anda dikehendaki untuk mengisi alamat penuh pada ruangan yang disediakan pada bahagian atas. Contoh seperti gambar di bawah.

Screenshot 589

Selepas anda memasukkan alamat anda, akan terpampang tanda merah pada kawasan rumah anda. Sila pastikan alamat anda betul supaya tidak berlaku sebarang masalah.

2. Seret Icon “orang” pada Google Maps

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design 82

Untuk langkah berikutnya, anda akan lihat icon “orang” bewarna kuning pada bahagian bawah Google Maps tersebut. Anda perlulah mengheret icon tersebut tepat pada alamat rumah anda.

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design 90

Selepas selesai, anda akan dibawa ke kawasan sekitar rumah anda. Belek-belek lah dulu pada rumah anda, mana tahu salah rumah pula.

Kemudian, anda perlulah klik pada report problem/lapor masalah di bahagian bawah skrin anda. Contoh seperti gambar di bawah.

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design 83

3. Muat Imej dalam rangka merah

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design 84

Selepas anda klik pada bahagian laporkan masalah itu, akan muncul seperti gambar di atas. Anda perlulah melaraskan kedudukan yang tepat buat rangka merah pada imej rumah anda.

Selepas itu, anda perlu tekan pada My Home pada ruangan request blurring/ minta pengaburan. Anda juga perlu menaip sebab mengapa anda hendak meminta rumah anda dikaburkan.

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design 86

Sebagai contoh, anda mungkin boleh menaip bimbang akan keselamatan atau memerlukan privasi mengikut kehendak masing-masing

Seeloknya, alasan anda perlulah tepat dan mempunyai sebab kukuh hendak dikaburkan. Hal ini kerana selepas selesai, imej rumah anda kabur buat selama-lamanya.

4. Masukan email dan submit

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design 87

Untuk langkah terakhir, anda perlulah memasukan alamat email anda pada ruangan bawah dan klik submit.

Selepas itu, anda akan menerima e-mel daripada Google berkaitan penyemakan gambar yang anda telah laporkan. Mereka akan menghantar e-mel sekiranya permintaan anda diselesaikan.

Google juga mungkin akan mengambil tindakan susulan melalui e-mel dan meminta anda untuk memberikan lebih detail mengenai imej rumah yang ingin dikaburkan.

Sekiranya berlaku, anda diminta untuk mengulangi proses itu bagi memberikan maklumat terperinci berkenaan kawasan tertentu dengan lebih jelas.

Tidak pasti berapa lama masa diperlukan untuk memproses permintaan anda. Kalau nak cepat, baik buat sekarang.

Macam mana? Mudah kan. Lepas ni anda bolehlah menjaga privasi kawasan rumah anda daripada dilihat orang tidak dikenali.

Diingatkan lagi, sebelum mengambil tindakan untuk mengaburkan rumah anda, perlu difikir secara masak-masak kerana Google akan memberi amaran sebaik sahaja anda mengaburkan rumah anda kerana ia akan kekal buat selama-lamanya.

Kredit: Iluminasi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas